Loading...

Minum guna penutup botol

Loading...
Minum guna penutup botol - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Minum guna penutup botol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Minum guna penutup botol
link : Minum guna penutup botol

Baca juga


Minum guna penutup botol

ANAK kapal KD Perdana, Laskar Kelas 1 Zulhusni Sherhutdin, 25, memaklumkan hanya berkongsi satu botol air mineral dengan lapan rakan sepanjang 51 jam hanyut selepas terputus hubungan ketika melakukan pemeriksaan bot nelayan asing di perairan Sedili, Kota Tinggi, Johor, Sabtu lalu.

Katanya, mereka hanya minum air menggunakan penutup botol demi meneruskan kelangsungan hidup ketika dihanyutkan arus sejauh 108 batu nautika selepas terputus hubungan.

"Demi menjimatkan air kami terpaksa minum guna penutup botol. Kami turut menggunakan pendayung untuk ke daratan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus terlalu kuat," katanya ketika ditemubual di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung Gelang, Kuantan, hari ini.

Zulhusni berkata, bot mereka turut kehabisan minyak beberapa jam selepas terputus hubungan radio dengan kapal KD Perdana sebelum dihanyutkan.

Sementara itu, Leftenan Mohd Hidir Yusof berkata, semangat setia kawan dan saling bekerjasama menjadi azimat kepada mereka sepanjang hanyut di lautan.

"Semangat ini (setia kawan) dan terbayang wajah orang tersayang membuatkan kami terus bertahan dan kuat sementara menunggu bantuan tiba," katanya.

Pada 1.30 tengah hari, Sabtu lalu KD Perdana gagal menghubungi bot berkenaan melalui walkie talkie selepas dikatakan melakukan pemeriksaan ke atas bot nelayan yang mencerobohi perairan negara.

Operasi pencarian dimulakan secara rasmi pada 7.30 malam semalam di perairan Sedili sebelum semua mereka ditemui selamat jam 7.07 malam tadi di 87 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qedNEm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Minum guna penutup botol

Itulah artikel Minum guna penutup botol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Minum guna penutup botol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/minum-guna-penutup-botol.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Minum guna penutup botol"

Catat Ulasan

Loading...