Tajuk : Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga
link : Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga
Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga
Kedatangan Ramadan kali ini sememangnya amat dinanti pelakon Mira Filzah kerana tahun ini dia mahu mengunakan peluang sebaiknya menjalani ibadah puasa bersama keluarga.
Menurut Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata, tahun lalu dia tidak berkesempatan berpuasa dan berbuka bersama keluarga kerana komitmen di set penggambaran. Tahun ini dia sudah berjanji dengan ibunya untuk mengurangkan aktiviti seni.
“Tahun lepas selama sebulan saya berbuka di set penggambaran drama Meh Sandarkan Pada Aku yang dijalankan di Terengganu.
“Tahun ini, ibu saya awal-awal lagi meminta saya supaya kalau boleh tidak sibuk dengan apa-apa penggambaran. Disebabkan itu saya terpaksa menolak beberapa tawaran sebab tahun ini saya mahu berbuka di rumah.
“Jadi kali ini dapatlah saya penuhi permintaan keluarga, “katanya.
Berkongsi mengenai rutin sepanjang Ramadan, kata Mira waktu yang paling seronok apabila pergi ke bazaar Ramadan untuk membeli juadah berbuka.
“Saya memang suka ke bazaar ramadan. Antara yang wajib ada ketika berbuka ialah air laici kang,” katanya.
Sementara itu, Mira yang merupakan salah seorang duta skuad Terima Kasih 2017 akan terlibat dengan beberapa aktiviti seperti Jom Masjida dan Bazaar Terima Kasih yang akan dijalankan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
Duta lain yang turut memeriahkan aktiviti tersebut seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Elfira Loy, Faizal Tahir, Aizat Amdan dan personaliti sukan, Zaquan Adha.
Mira juga akan muncul menerusi drama Meh Sandarkan Pada Aku Raya. Drama bersiri 12 episod ini yang akan ditayangkan eksklusif di Tonton.
The post Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qu7TnD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga
Anda sedang baca artikel Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/mira-filzah-penuhi-permintaan-keluarga.html
0 Response to "Mira Filzah Penuhi Permintaan Keluarga"
Catat Ulasan