Loading...

Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah

Loading...
Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah
link : Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah

Baca juga


Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah

Kira-kira 100 polis Melayu yang berkhidmat dengan Inggeris “hilang” selepas rusuhan Natrah pada Disember 1950, kata penyelidik isu tersebut.

Misteri 100 polis Melayu hilang

Misteri 100 polis Melayu hilang

Fatini Yaacob berkata berdasarkan kajian awalnya, polis itu yang berjiwa nasionalis tidak berkawal dan memudahkan orang Melayu beramai-ramai turun ke Singapura untuk membantah.

“Polis-polis yang tidak mengawal pada masa itu, [selepas] habis darurat dipanggil di berek masing-masing,” katanya, pengarang buku Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata.

“Lebih kurang 100 orang naik trak polis, sehingga sekarang mayat tidak ditemui dan tidak kembali.

“Isteri mereka tidak tahu apa jadi pada suami masing-masing.

“Dan saya berminat untuk mengkaji mana pergi fail ini kerana fail ini dalam [tangan] British.”

Berucap di sesi diskusi “Natrah Imbasan Semula Selepas 67 Tahun” di sini semalam, Fatini berkata persoalan itu dapat merungkai makna sebenar sejarah Natrah.

Beliau, yang meneliti kes itu sejak 29 tahun lalu, merancang menerbitkan buku susulan selepas kajiannya lengkap.

Demonstrasi Natrah atau nama asalnya Maria Huberdina Hertogh, seorang remaja Belanda yang dibesarkan sebagai Islam di Terengganu, meledak di Singapura apabila ibu bapanya ingin mengambilnya semula.

Kisah perebutan hak penjagaan itu, yang melibatkan proses mahkamah, mencetuskan kebangkitan orang Melayu terbesar sebelum kemerdekaan.

Rusuhan itu mengorbankan 18 orang, hanya tiga daripada mereka Melayu, sehingga Singapura terpaksa diisytihar darurat selama tiga hari.

Kajian Fatini berdasarkan rekod dan temubual pertama kali diterbitkan pada 1989 dalam majalah Dewan Masyarakat dan kajian lanjut dibukukan pada 2010.

Buku terbitan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini diulang cetak sebanyak sembilan kali dan terjual lebih 5,000 naskhah.

Namun Fatini menafikan dakwaan beliau mengaut keuntungan selepas artikel-artikel yang diterbitkan itu mendapat sambutan ramai.

“Saya tidak kaya-raya dan menjadi jutawan kerana sebagai pegawai kerajaan, tidak sesen pun saya ambil.

“Tidak ada sesiapa pun yang kaya-raya kerana penerbitan sejarah Natrah.

“Demikian hormat saya kepada pejuang-pejuang ini,” katanya, yang menyalurkan royalti buku kepada Yayasan Kasih Tauhid bagi tujuan dakwah dan kebajikan.

Sumber: Projek MMO

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ryvkvE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah

Itulah artikel Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/misteri-100-polis-melayu-hilang-selepas_61.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Misteri 100 polis Melayu hilang selepas rusuhan Natrah"

Catat Ulasan

Loading...