Loading...

MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping

Loading...
MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping
link : MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping

Baca juga


MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjelaskan pihaknya tidak lagi mengeluarkan lesen kepada premis hiburan keluarga di bandar itu sejak awal tahun ini.

Yang Dipertuanya Datuk Abd Rahim Md Ariff berkata dua premis hiburan yang masih beroperasi di sini kemungkinan beroperasi secara haram.

“Kita akan berbincang dengan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap dua pusat hiburan berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Bulanan MPT bagi bulan Mei di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan polis Perak semalam menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen permainan mesin simulator berkomputer kerana ia dikhuatiri menjurus kepada unsur perjudian.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata pihaknya berjaya mengutip RM18 juta cukai taksiran di daerah Taiping sehingga bulan ini tahun ini, namun masih terdapat sebanyak RM8.2 juta cukai tertunggak membabitkan 14,000 pemilik harta.

“Kita menyasarkan untuk mengutip tunggakan itu sekurang-kurangnya 30 peratus,” katanya sambil menambah MPT sedang mempertingkatkan operasi termasuk menyita pemilik harta yang gagal menjelaskan cukai taksiran.

“Dalam operasi dua hari pada 24 dan 25 Mei lalu kita menjalankan sitaan membabitkan 36 pemilik harta yang mempunyai cukai taksiran berjumlah RM60,000.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata MPT dan Pejabat Kesihatan Daerah memantau operasi di bazar Ramadan di daerah itu bagi memastikan peniaga mematuhi syarat serta peraturan.

Katanya sebanyak 799 tapak perniagaan bagi bazar Ramadan dan 166 tapak perniagaan bagi expo Aidilfitri telah disediakan tahun ini.

Antara tapak tersebut ialah bazar Ramadan Kamunting, jalan masuk Kampung Jana (Madza), Bukit Jana Kamunting, jalan Kamunting Lama, Pekan Batu Kurau, Bandar Taiping, Taman Panglima, Taman Mewah dan Pasar Ramadan R&R Batu 2 1/2 Jalan Simpang. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTA6nL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping

Itulah artikel MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/mpt-tidak-keluarkan-lesen-pusat-hiburan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MPT Tidak Keluarkan Lesen Pusat Hiburan Di Bandar Taiping"

Catat Ulasan

Loading...