Loading...
Tajuk : Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali
link : Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali
Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali
KUALA LUMPUR: Pada usia 22 tahun, Muhammad Irfan Shamsuddin berada dalam kelas tersendiri apabila memperbaharui rekod kebangsaan sebanyak 13 kali dalam acara lempar cakera sejak Jun 2013.
Kali pertama, dia memadamkan rekod kebangsaan 49.33 meter (m) milik Ngu Kit Ming dari Sarawak dengan catatan 49.81m pada Kejohanan Olahraga Tertutup Junior dan Senior Kebangsaan 2013 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN).
Dalam tahun yang sama, pemuda berasal dari Negeri Sembilan ini, memperbaharui rekodnya sendiri sebanyak dua kali dengan jarak sejauh 49.90m di Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei dan 53.16m pada Sukan SEA Myanmar.
Muhammad Irfan memperbaharui rekod kebangsaan hampir setiap tahun dan paling membanggakan adalah hatrik yang dilakukannya baru-baru ini iaitu 59.29m, 61.56m dan 62.55m dalam tempoh seminggu saja di beberapa kejohanan olahraga di Eropah.
"Saya akan cuba lagi. Saya yakin boleh melakukan catatan lebih baik. Dalam setiap kejohanan, saya hanya fokus supaya tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh menjejaskan teknik lemparan ketika beraksi.
"Ini adalah rekod ke-13 daripada saya. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran dan hanya mahu mengekalkan prestasi yang konsisten. Saya tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri," katanya kepada Bernama.
Atlet bertubuh sasa dan mempunyai ketinggian 187.96m itu sebelum ini aktif dalam sukan ragbi. Beliau mula berjinak-jinak dalam acara lempar cakera pada tahun 2011.
Muhammad Irfan berkata, masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya terutamanya teknik lemparan bagi mencapai cita-cita beraksi dalam Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik.
Pencapaian konsisten itu meletakkan Muhammad Irfan sebagai seorang daripada atlet prospek pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, yang berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.
Beliau perlu melepasi catatan 65m untuk melayakkan diri beraksi di Kejohanan Dunia di London sebelum 23 Julai ini.
Berikut adalah 13 rekod kebangsaan yang dilakukan oleh Muhammad Irfan dari tahun 2013-2017:
Catatan 49.81m di Kejohanan Olahraga Tertutup Junior dan Senior Kebangsaan 2013
Catatan 49.90m di Kejohanan Olahraga Terbuka Brunei 2013
Catatan 53.16m Sukan SEA Myanmar, 2013
Catatan 54.26m Sukan Malaysia (SUKMA) Perlis 2014
Catatan 58.04m Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2015
Catatan 58.21m Kejohanan Bawah-23, Jerman 2016
Catatan 58.33m Kejohanan Bawah-23, Jerman 2016
Catatan 58.47m Kejohanan Olahraga Liese Prokop Memorial Open, St Polten Austria 2016
Catatan 58.48m Kejohanan Olahraga Liese Prokop Memorial Open, St Polten Austria 2016
Catatan 59.29m Kejohanan Kelab Solvak di Samorin, Slovakia 2016
Catatan 61.10m Kejohanan Halleche Werfertage di Jerman 2017
Catatan 61.56m Kejohanan Ludvik Danek Memorial 2017
Catatan 62.55m Kejohanan Olahraga Austrian Top Meeting 2017
-BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2re7c0G
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali
Itulah artikel Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/muhammad-irfan-pecah-rekod-13-kali.html
0 Response to "Muhammad Irfan pecah rekod 13 kali"
Catat Ulasan