Tajuk : Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran
link : Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran
Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran
Tablet tahan lasak Panasonic terkenal untuk ciri-ciri lasak seperti kalis air, habuk, tekanan dan daya ketahanannya di situasi-situasi seperti cuaca panas ataupun sejuk yang ekstrem. Komponen peranti-peranti ini seperti bateri dan sebagainya boleh diubah menggunakan sistem modular.
Akan tetapi, nampaknya syarikat pembuat peranti dari Jepun tersebut baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan memanggil semula 280,000pek-pek bateri untuk tablet Panasonic ToughPad FZ-G1 generasi pertama hingga ketiga, kerana mereka khuatiri bahawa bateri-bateri tersebut mempunyai risiko kebakaran.
Menurut pihak Panasonic, mereka telah menerima 16 laporan mengenai pek-pek bateri ini meletup ataupun terbakar kerana tablet tersebut digunakan di kawasan-kawasan dengan cuaca yang ekstrem. Laporan-laporan ini diterima sekitar bulan Mac hingga April 2017 dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan juga Australia.
Pihak Panasonic menasihatkan pengguna-pengguna tablet FZ-G1 untuk memeriksa pek bateri mereka dan jika model SKU ia sama seperti yang ditunjuk (FZ-VZSU84U, FZ-VZSU89U atau FZ-VZSU96U), mereka disarakankan memuat turun kemaskini firmware yang akan mengurangkan kuasa pengecasan dari 4.2V ke 4.0V, dan tetapan operasi bateri tersebut supaya suhunya tidak naik terlalu tinggi. Pengguna-pengguna kemudiannya boleh berinteraksi dengan pihak Panasonic untuk mendapatkan pek bateri yang baru tanpa perlu memulangkan bateri yang lama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q0HnBK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran
Anda sedang baca artikel Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/panasonic-memanggil-semula-280000-pek.html
0 Response to "Panasonic Memanggil Semula 280000 Pek Bateri Tablet ToughPad Kerana Risiko Kebakaran"
Catat Ulasan