Tajuk : Pasangan gay jalani hukuman sebat
link : Pasangan gay jalani hukuman sebat
Pasangan gay jalani hukuman sebat
PASANGAN gay menjalani hukuman sebat 83 kali setiap seorang hari ini, selepas kedua-dua lelaki itu berusia 20 dan 23 tahun itu ditangkap penduduk dalam bilik sewa mereka di Banda Aceh, Indonesia, Mac lalu.
Menurut BBC, kedua-dua lelaki itu dipakaikan jubah putih sebelum belakang disebat oleh tukang sebat di depan Masjid Syuhada, Desa Lamgugob, Kecamatan Syiah Kuala, Banda Aceh, disaksikan ribuan orang sehingga hukuman selesai.
Kompas melaporkan hukuman terhadap mereka dijalankan bersama empat pasangan bukan muhrim berusia antara 20 hingga 26 tahun yang turut disebat kerana ikhtilat (bercumbu).
Pasangan SI, 24, dan WN, 26, disebat 23 kali; MS, 23, dan VR, 21, (27 kali); HS, 26, dan AG, 20, (26 kali) serta MK, 26 dan FR, 29, (29 kali).
Orang ramai yang menyaksikan hukuman sebat. - Foto BBC
Menurut Detik.com, pasangan gay itu yang terakhir disebat dengan lelaki 23 tahun berasal dari Sumatera Utara yang pertama disebat oleh tiga tukang sebat yang diganti setiap 20 kali sebatan. Dia diberi minum air selepas 40 kali sebatan.
Pasangannya yang berasal dari Bireuen, Aceh, disebat dua tukang sebat yang diganti selepas sebatan ke-40.
Proses hukuman dikawal ketat oleh polis dengan hanya petugas berkaitan serta media dibenar menghampiri pentas.
Awal bulan ini, Mahkamah Syariah Aceh menjatuhkan hukuman sebat terhadap mereka selepas dicekup penduduk yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan seks.
Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.
Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, dua tahun lalu.
Tahun lalu, lebih 300 orang sudah menjalani hukuman sebat di khalayak ramai bagi kesalahan berkenaan namun hukuman terhadap pasangan gay ini adalah yang pertama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSfrxa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pasangan gay jalani hukuman sebat
Anda sedang baca artikel Pasangan gay jalani hukuman sebat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pasangan-gay-jalani-hukuman-sebat.html
0 Response to "Pasangan gay jalani hukuman sebat"
Catat Ulasan