Tajuk : Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14
link : Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14
Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14
KUALA LUMPUR – PAS kesal kerana segelintir umat Islam sanggup mengadai maruah kaum dan agama sehingga kaum Melayu dan agama Islam dipandang hina oleh kaum lain di negara sendiri.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, golongan terbabit perlu diperjelaskan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, majoriti rakyat negara ini muslim, maka pemimpin utama negara mesti beragama Islam.
“Tapi umat Islam masih lemah dalam jumlah mereka yang ramai, hina di hadapan kaum bangsa sendiri, bangsat di atas tanah air sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial baru-baru ini.
Baru-baru ini tersebar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam senarai barisan Kabinet Malaysia dibawah pemerintahan Pakatan Harapan.
Senarai yang disebarkan kepada orang ramai dalam majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagaimanapun dinafikan oleh parti berkenaan.
Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan menjalin kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggotai PKR serta Parti Amanah Negara (PAN)
Justeru, Nasrudin menyeru umat Islam Malaysia memastikan dua pertiga majoriti Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti terdiri daripada muslim.
“Umat Islam perlu bangkit dari lena yang panjang dan leka yang mengasyikan. Keluar dari zon selesa. Umat Islam wajib bersatu untuk mengembalikan maruah ummah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rL85eS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14
Anda sedang baca artikel Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pastikan-23-ahli-parlimen-beragama.html
0 Response to "Pastikan 2/3 Ahli Parlimen Beragama Islam Dalam PRU14"
Catat Ulasan