Tajuk : Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta
link : Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta
Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta
CANBERRA – Seorang pelajar sebuah sekolah tinggi di Australia berusia 12 tahun disahkan antara 20 yang maut dalam kejadian letupan bom kereta di luar sebuah kedai menjual ais krim di Baghdad pada Selasa, kata Menteri Luar Julie Bishop lapor agensi berita China Xinhua.
Mangsa dikenali Zynab Al Harbiya menuntut di Kolej Sirius Melbourne berada di Baghdad bersama keluarganya untuk menziarahi datuknya yang sakit.
“Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu dan saya mengesahkan seorang gadis Australia berusia 12 tahun, Zynab Al Harbiya, terbunuh dalam insiden itu,” kata Bishop pada sidang akhbar.
Beliau turut mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, Bishop mengulangi komitmen Australia untuk memerangi Daesh di Timur Tengah dan beranggapan tragedi itu “menunjukkan kekejaman organisasi pengganas tanpa menghormati agama, bangsa, kedaulatan, sempadan dan kemanusiaan”.
“Sebab itu pasukan pertahanan Australia tetap menyokong pasukan keselamatan Iraq untuk memerangi organisasi pengganas selain mencegah ia merebak ke kawasan lain di dunia termasuk di rantau kita,” kata Bishop. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2slAE2c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta
Anda sedang baca artikel Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pelajar-australia-maut-dalam-serangan.html
0 Response to "Pelajar Australia Maut Dalam Serangan Bom Kereta"
Catat Ulasan