Tajuk : Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon
link : Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon
Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon
SEREMBAN – Seorang pelajar kerugian hampir RM1,000 apabila ditipu penjual telefon bimbit di sebuah premis di pusat beli-belah di sini.
Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Jaya, 18, mendakwa dia ditipu sebanyak dua kali apabila membeli telefon bimbit jenis Samsung J5 berharga RM890 yang dipercayai merupakan telefon klon, dan diberi telefon lain sebagai ganti, juga dipercayai merupakan telefon klon.
“Pada 12 April lepas, saya beli telefon jenis Samsung J5 dengan harga RM890 tetapi seminggu kemudian ia rosak dan tidak boleh ‘on’. Saya pergi ke kedai lain untuk tanya masalah telefon saya tetapi peniaga itu menyatakan telefon saya telefon klon,” katanya.
Jaya berkata dia kembali semula ke premis di pusat beli-belah berkenaan dan setelah memberitahu masalah telefon itu, peniaga terbabit berkata dia boleh membaiki telefon itu dengan bayaran RM60 dan pelajar itu bersetuju.
Bagaimanapun, seminggu kemudian, ketika pergi semula ke kedai itu untuk mengambil telefonnya, pelajar itu berkata dia diberi semula telefonnya dalam keadaan skrin retak.
“Peniaga itu kemudiannya menawarkan saya telefon lain sebagai ganti iaitu Samsung J7 Prime dengan membayar RM35. Tetapi sekali lagi saya sedar ditipu apabila mahu membeli casing yang saiz telefon bimbit saya tidak sama dengan saiz sebenar casing,” katanya dalam sidang media susulan pemantauan ke atas premis berkenaan oleh Gabungan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) di sini hari ini.
Jaya berkata dia kemudian membuat semakan dengan Samsung berhubung ketulenan kedua-dua telefon bimbit berkenaan, dan apabila disahkan ia telefon klon, pelajar itu membuat laporan polis pada 22 Mei lepas untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria berharap pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tribunal tuntutan pengguna mengambil tindakan berhubung kejadian ini.
“Dalam masa tiga hari jika pihak peniaga tidak memberi telefon original kepada pelajar ini, saya akan bawa perkara ini ke pihak KPDNKK,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtRUFZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon
Anda sedang baca artikel Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pelajar-dakwa-ditipu-beli-telefon.html
0 Response to "Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon"
Catat Ulasan