Tajuk : Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak
link : Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak
Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak
IPOH – Jabatan Kesihatan negeri Perak mengadakan Operasi Bersepadu Perak Bersih dan Sihat peringkat Daerah Kinta selama tiga hari bermula hari ini dengan memberi tumpuan kepada pelajar sekolah yang merokok.
Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Samad Mohd Dom berkata operasi yang memfokuskan kawasan di sekitar Ipoh dan Batu Gajah itu dibuat berikutan trend merokok dalam kalangan pelajar sekolah dilihat semakin meningkat.
“Mereka yang berumur bawah 18 tahun cenderung mendapatkan bekalan rokok di kedai-kedai runcit di sekitar kawasan sekolah dan kami tidak mahu pelajar terlalu mudah mendapatkan bekalan itu.
“Berdasarkan pemeriksaan sebelum ini kami sudah kenal pasti sekolah yang ada kedai runcit di luar premis yang menjual rokok kepada pelajar,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah sekolah di sini hari ini.
Samad berkata JKN negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana premis yang menjual rokok kepada pelajar sekolah mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
“Begitu juga pelajar sekolah yang ditangkap merokok akan turut dikenakan kompaun sebanyak RM50 selain memaklumkan perkara itu kepada ibu bapa dan pihak sekolah,” katanya.
Selain itu, Samad berkata saringan yang dibuat semasa Program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (Kotak) yang dijalankan oleh Bahagian Pergigian, JKN baru-baru ini berjaya mengesan pelajar sekolah yang merokok.
“Menerusi saringan ini, bahagian pergigian telah mengumpulkan maklumat sekolah yang mempunyai kadar densiti yang tinggi dan mereka akan memberi maklumat itu kepada kami.
“Kami pula akan mengadakan satu risikan dan seterusnya mengesan pelajar ini bagi mengetahui di mana mereka mendapatkan bekalan rokok sebelum mengambil tindakan terhadap penjual, begitu juga pelajar berkenaan,” katanya.
Operasi bersepadu kali ketiga tahun ini akan memeriksa premis penyedia makanan selain tempat pembiakan nyamuk Aedes dan kawasan larangan rokok di 55 sekolah,17 pasar raya dan 10 kilang oleh 10 pasukan terdiri daripada kakitangan JKN setiap daerah. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvKQIF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak
Anda sedang baca artikel Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pelajar-sekolah-sasaran-op-bersepadu-di.html
0 Response to "Pelajar Sekolah Sasaran Op Bersepadu Di Perak"
Catat Ulasan