Loading...

Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas

Loading...
Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas
link : Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas

Baca juga


Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas


SIAPA yang tidak suka jika melancong dengan duit berkepuk-kepuk di tangan? Sudah tentu pelbagai barangan mewah dapat dibeli selain menjadikan percutian anda serba mewah.

Tetapi itu bukanlah satu impian buat sekumpulan pelancong dari China ini kerana mungkin mereka dapat menikmati percutian dengan serba mewah apabila dengan gembiranya menayangkan mata wang ringgit Malaysia semasa menaiki sebuah bas persiaran baru-baru ini.

Tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan sekumpulan pelancong China menggenggam beberapa ikatan mata wang ringgit Malaysia dan ini sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Menerusi rakaman itu, kelihatan seorang wanita yang memakai cheong sam putih dan topi kuning merakam video yang berdurasi selama 59 saat di dalam sebuah bas sambil bercakap kepada penumpang kenderaan itu, dipercayai pelancong dalam bahasa Mandarin.

Kemudian, seorang penumpang lelaki menunjukkan segenggam wang RM50 yang diikat menggunakan getah kepada kamera wanita itu sebelum aksinya itu ditiru pula oleh penumpang-penumpang lain.

Dalam pada itu, satu lagi rakaman video yang berdurasi 10 saat pula menunjukkan sebuah bilik dipenuhi dengan wang RM50 dan RM100 yang dikeluarkan daripada beberapa kotak.

Dipercayai terdapat tiga individu termasuk lelaki yang merakam video tersebut berada di bilik berkenaan untuk menyusun semua wang itu.

Menurut seorang pengguna Facebook, Zaidi Saad, dia membuat terjemahan perbualan lelaki dalam rakaman video berkenaan menurut pemahaman bahasa Mandarin yang dipelajarinya.

“Esok dan lusa kami sekeluarga dari China akan pergi ke Malaysia untuk membeli emas. Tengoklah, inilah perbelanjaan kami,” tulisnya.

Kata Zaidi, tidak dinyatakan sama ada wang tersebut adalah duit palsu dan dia meminta netizen agar mengelakkan diri daripada berprasangka buruk yang boleh mengundang fitnah.

Menerusi komen, ada netizen yang berpendapat kumpulan pelancong itu menyertai skim cepat kaya dan sengaja menayangkan kemewahan mereka untuk mengajak orang ramai menyertai skim tersebut.

Ada netizen juga menganggap wang tersebut bukanlah wang palsu tetapi hasil daripada penyertaan mereka dalam satu skim cepat kaya.

“Ini bukan duit palsu… Tapi hasil profit share dari skim yg dpa join..mmbr gtau MFace.. Selalu investor2 dari Taiwan,China dn Singapore turun sini,” tulis Izaad Shahril Ali.

Malah, ada juga netizen menganggap perkongsian video tersebut yang menjadi tular kini boleh mengancam keselamatan pelancong dari China itu.

Bagaimanapun, netizen mahukan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung video tersebut kerana bimbang wang tersebut adalah palsu.

Sementara itu, Sin Chew Daily melaporkan jumlah pelancong China yang menjadi mangsa rompakan ketika berada di Malaysia semakin meningkat terutama dalam tempoh empat bulan terakhir ini.

Menurut perangkaan dikeluarkan pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur, sekurang- kurangnya 90 kes rompakan setiap bulan membabitkan pelancong China dilaporkan sepanjang empat bulan terakhir ini yang dipercayai dilakukan ahli sindiket yang berasal dari Amerika Selatan. -MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qonCk4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas

Itulah artikel Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pelancong-china-sakan-tayang-duit-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelancong China Sakan Tayang Duit Dalam Bas"

Catat Ulasan

Loading...