Loading...

Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan

Loading...
Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan
link : Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan

Baca juga


Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
KAPAR: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali  menyerahkan urusan berhubung peletakan jawatan wakil pimpinan PKR di Kelantan kepada kerajaan negeri itu dan pimpinan partinya di sana.
 
Ujar Menteri Besar Selangor itu, beliau tidak akan mencampuri urusan pentadbiran di negeri itu, sebaliknya percaya ia akan diselesaikan dengan baik di antara kerajaan negeri Kelantan dan pimpinan PKR di negeri itu.
 
Azmin terdahulu ditanya mengenai kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmod yang menyatakan bahawa kerajaan negeri itu masih belum menerima sebarang surat hitam putih peletakan jawatan daripada wakil PKR.
 
“Saya serahkan kepada kerajaan negeri Kelantan, saya tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran, saya percaya perkara ini boleh diselesaikan secara baik di antara kerajaan negeri Kelantan dengan pimpinan Keadilan (PKR) negeri Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah di bawah Program Skim Smart Sewa, di sini hari ini.
 
Ketika ditanya bila PKR akan menyerahkan surat perletakan jawatan tersebut, Azmin hanya mengulangi keputusan yang telah dicapai sewaktu mesyuarat biro politik PKR minggu lalu. 
 
"Keputusan telah dibuat pada minggu yang lepas," katanya ringkas.
 
 


Thus Article Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan

Itulah artikel Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/peletakan-jawatan-azmin-serah-pada-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peletakan jawatan: Azmin serah pada PAS-PKR Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...