Loading...

“Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka

Loading...
“Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka
link : “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka

Baca juga


“Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka


Seorang lelaki bernama Muhammad Ahmad telah berkongsikan sebuah nukilan kepada suami-suami diluar sana, beliau menulis nukilan ini selepas melihat pengorbanan isterinya selepas mereka telah kehilangan anak pertama berumur 1 tahun 4 bulan.

Jom kita baca.

Petang tadi saya ajak isteri dan anak ziarah penghuni syurga. 3 tahun berlalu. Masih segar dalam ingatan kami. Saya cakap kepada anak. Ini abang awak, dia sekarang penghuni syurga. Saya sebut nama anak syurga ini, anak ikut sama. Saya cabut rumput, betulkan tanah, dia ikut sama.

Saya selalu cakap kepada isteri, terima kasih jaga anak siang malam tanpa sedikit pun mengeluh. 1 tahun 4 bulan 'tidur-tidur ayam'. Hari dan minggu pertama berpantang terpaksa ulang alik ke hospital. Allahu saat akhir kami berjuang susukan anak(di facebook lama saya ada tulis perjalanan anak kami). Sekarang tidak mampu untuk menulis lagi.

Masih segar dalam ingatan saya keadaan isteri malam pertama kematian anak, isteri peluk bantal sangkakan itu anak kami, nangis siang malam rindukan anak. Saya saban hari bersama isteri, sentiasa ungkap perkataan: Redha diatas kematian anak Allah bina istana di syurga.

Tuan-tuan yang disayangi dan dicintai Allah. Hargai isteri, sayangi mereka, betulkan kesilapan mereka dengan penuh lemah lembut, kasih sayang. Bagi sepenuhnya perhatian saat mereka mengeluh, mengadu. Mereka siang malam jaga anak kita, jaga makan minum, pakaian kita. Jangan lihat kekurangan mereka, lihat betapa banyak jasa mereka kepada kita.

Fizikal mereka tidak mampu melawan kekuatan kita. Tetapi jiwa mereka hanya Allah lebih mengetahui saat mereka melahirkan anak,saat pertama menyusukan anak. Tiada siapa lagi untuk didik dan bimbing mereka selain kita. Bawalah mereka masuk syurga bersama.

Peluklah mereka saat mereka sedang berduka, pimpinlah mereka saat mereka jauh dengan Allah.Setiap Pelukkan buatkan rahmat Allah mencurah-curah dalam keluarga kita. Pelukkan suami buatkan isteri sihat dan bahagia. Jangan tengking mereka, jangan pukul mereka. Jangan.. Mereka perlukan kita saat emosi mereka bercelaru.

Puan-puan. Taatlah suami, jaga aib suami. Doa siang malam untuk suami. Jangan bandingkan suami kita dengan suami orang lain. Jangan sikit pun cerita kelemahan suami difacebook. Setiap hari puji suami, senyum kepada suami, sediakan makan minum yang terbaik untuk suami, jaga makan minum pakaian suami kerana Allah. Sentiasa ucap terima kasih kepada suami. Sabar dengan kerenah suami kerana Allah.

Tuan puan. Solat dua rakaat setiap hari. Minta Allah bahagiakan kita suami isteri. Sama-sama baca Al-Quran, sama-sama betulkan bacaan, sama-sama baca hadith,kisah sahabat, sama-sama bimbing anak kenal Allah dan Rasul.

Percayalah. Bahagia apabila kita sama-sama kenal Allah dan Rasul. Diri,masa,harta,keluarga bukan milik kita. Semuanya milik Allah. Serah segalanya kepada Allah. Moga Allah Terima doa kita.

Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qsX00j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka

Itulah artikel “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel “Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/peluk-bantal-sangkakan-anak-lelaki_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "“Peluk Bantal Sangkakan Anak” – Lelaki Kongsi Kisah Malam Pertama Kematian Anak Mereka"

Catat Ulasan

Loading...