Loading...
Tajuk : Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM
link : Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM
Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM
KUALA LUMPUR: Sedikit perubahan ringkas dari segi prosedur permohonan dan tempoh memproses lebih pantas menyumbang kepada peningkatan pembiayaan mikro di negara ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.
Beliau berkata, jadual bayaran balik yang lebih anjal juga membolehkan peminjam menguruskan aliran tunai dengan lebih baik sambil dapat memenuhi komitmen pembayaran balik masing-masing.
"Kerjasama dengan kumpulan komuniti untuk berhubung dengan peminjam, adalah sebahagian eksperimen pembelajaran yang mewujudkan persekitaran mesra yang boleh memperluaskan akses kepada kredit serta menggalakkan kadar pembayaran balik tinggi," katanya berucap pada Simposium Global mengenai Pembiayaan Mikro 2017 di sini, hari ini.
Muhammad berkata, pengalaman pembiayaan mikro di negara ini juga mencerminkan fokus lebih menyeluruh untuk membangunkan perkhidmatan kewangan yang diperlukan oleh golongan kurang bernasib baik mengurus serta menambah baik kedudukan kewangan masing-masing.
"Kredit adalah mustahak, tetapi bukan yang paling penting. Pinjaman, insurans, latihan pendidikan dan pendidikan kewangan adalah komponen penting lain pendekatan program kita yang dapat memperluaskan lagi impak sosial serta ekonomi pembiayaan mikro," katanya.
Sementara itu, Timbalan Gabenor BNM, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, landskap pembiayaan mikro Malaysia, yang berkembang daripada dipacu kerajaan kepada sesuatu yang membabitkan penyertaan cergas sektor swasta, berjaya memanfaatkan lebih satu juta perusahaan mikro di negara ini.
Beliau berkata, pada awal abad ini, jumlah pembiayaan tertunggak sektor berkenaan berada pada AS$35 juta (RM151 juta) dan meningkat lebih 30 kali ganda kepada AS$1.2 bilion (RM5.2 bilion) pada 2016.
"Walaupun telah mencapai kejayaan ketara sejak 1970-an bagi membangunkan sistem kewangan yang lebih inklusif, tugas kita dalam kewangan mikro masih jauh daripada selesai.
"Potensi sepenuhnya tidak boleh direalisasikan sehingga kita melihat hubungan langsung kepada penambahbaikan kebajikan dalam segmen mikro dan seterusnya pertumbuhan mampan," katanya.
Pada 2016, BNM memperkenalkan rangka kerja pembiayaan mikro bagi menggalak pembangunan industri pembiayaan mikro yang mampan di Malaysia.
INFO
* Kira-kira 50 peratus penduduk dunia memperoleh pendapatan kurang AS$2.50 sehari
* Kebanyakan golongan ini tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan rasmi
BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qP4qyS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM
Itulah artikel Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pembiayaan-mikro-di-malaysia-cergas-bnm.html
0 Response to "Pembiayaan Mikro Di Malaysia Cergas: BNM"
Catat Ulasan