Loading...
Tajuk : Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa
link : Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa
Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa
KUALA LUMPUR: Pemilihan pelabur bagi Proton Holdings Bhd (PROTON) adalah keputusan mutlak DRB- HICOM Bhd, selaku pemilik syarikat pengeluar kereta nasional itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Ia terserah kepada DRB-HICOM untuk membuat keputusan berkenaan dan ia tiada kaitan dengan kerajaan. Namun, saya difahamkan DRB-HICOM akan terus menerajui pengurusan PROTON.
"Bagaimanapun, ia adalah keputusan syarikat itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai status pengurusan PROTON di seminar berkaitan Komuniti Ekonomi ASEAN di sini, hari ini.
DRB-HICOM memeterai perjanjian dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd yang berpangkalan di China bagi membolehkan syarikat terbabit membeli 49.9 peratus pegangan dalam PROTON.
Perjanjian itu akan membolehkan PROTON memanfaatkan platform meluas dan rangkaian kuasa Geely Holding serta membuka peluang kepada pengeluar kereta nasional itu untuk mempunyai akses ke pasaran sedia ada pengeluar kereta China itu. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ro2y1h
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa
Itulah artikel Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pemilihan-pelabur-proton-keputusan-drb.html
0 Response to "Pemilihan Pelabur PROTON Keputusan DRB-HICOM - Mustapa"
Catat Ulasan