Loading...
Tajuk : Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang
link : Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang
Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang
MALAYSIAKINI
Buku "DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia" yang memuatkan 16 rencana mengecam pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang didakwa rasis melanggar undang-undang, kata Ketua Pemuda DAP Wong Kah Woh.
Katanya, buku berkenaan tidak memaparkan sebarang nama penerbit dan pencetak seperti yang disyaratkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.
"Bagaimana sebuah buku yang disusun atau diterbitkan tanpa butiran ini?
"Ini adalah satu lagi percubaan yang jelas melanggar undang-undang,” kata Wong kepada Malaysiakini.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa hadir pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang esei 'Kit Siang rasis' di Shah Alam pagi ini.
Bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee ketika dihubungi mengesahkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah PPPA jika nama penerbit dan pencetak tidak disertakan.
Seksyen 11 (1) akta itu menyatakan bahawa setiap hasil penerbitan yang dicetak atau diterbitkan dalam Malaysia hendaklah dicetakkan nama dan alamat pencetak
dan penerbitnya dengan mudah dibaca dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris pada lembaran pertama atau akhir.
Mereka yang menerbit, menjual, mengedar atau mengagihkan penerbitan itu boleh dipenjarakan sehingga setahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Buku itu diagihkan secara percuma kepada hadirin yang menghadiri acara penyampaian hadiah.
Pada sidang media yang diadakan selepas majlis itu, Annuar berkata beliau mahupun penganjur pertandingan rencana itu bukan pemilik buku berkenaan.
Thus Article Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang
Itulah artikel Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pemuda-dap-buku-kit-siang-rasis-langgar.html
0 Response to "Pemuda DAP: Buku 'Kit Siang rasis' langgar undang-undang"
Catat Ulasan