Loading...
Tajuk : Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir
link : Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir
Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir
Pengacara Gema Gegar Vaganza, Fikry yang lahir daripada program realiti Lawak Solo baru-baru ini dikecam hebat oleh netizen kerana menganggap beliau mempersendakan nama bapa Fattah Amin dan Diana Amir ketika siaran langsung konsert akhir GGV Ahad lepas.
Kali pertama dihujani dengan pelbagai kecaman daripada netizen, Fikry menerusi portal mStar Online bagaimanapun menjelaskan beliau tidak pernah ingin mengaibkan ataupun mempersendakan mana-mana pihak.
Bagi saya perkara itu tidak mengaibkan mana-mana pihak, saya ada sebut Fattah Amin Ya Rabbal Alamin, ia membawa maksud yang baik dan sesuai dengan program GGV yang lebih Islamik. Selain itu, Diana Amir pula saya fokus kepada Amir yang selalu digelar “Amir reka”. Mungkin orang lain salah faham dan ada pandangan masing-masing.
Saya terkejut apabila ia menjadi viral dan netizen menghentam saya bertubi-tubi di laman sosial. Malah ibu saya yang tiada laman sosial pun menelefon bertanyakan perkara sama. Lawak Fattah Amin itu saya pernah bawa ketika pertandingan Lawak Solo dulu dan tidak pun menjadi isu. Mungkin kerana isu Watson Nyambek menjadikan saya turut terkena tempiasnya
Fikry pada masa yang sama memohon maaf sekiranya lawak beliau itu menimbulkan kemarahan masyarakat dan beliau turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam berlawak selepas ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBHtA2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir
Itulah artikel Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pengacara-ggv-fikry-nafi-persenda-nama.html
0 Response to "Pengacara GGV Fikry Nafi Persenda Nama Bapa Fattah Amin Dan Diana Amir"
Catat Ulasan