Loading...

Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

Loading...
Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak
link : Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

Baca juga


Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

loading…

KISAH kali ini yang menceritakan penderitaan mental dan fizikal yang dialami oleh Umairah (bukan nama sebenar) pastinya benar-benar membuatkan kaum wanita khususnya golongan ibu geram, sakit hati, benci, marah, dan geli dengan perangai lelaki atau bapa yang berkelakuan seperti haruan makan anak.

Pengakuan Gadis 18 Tahun 'dipakai' Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak
Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

Kisah ini diceritakan oleh seorang teman mengenai anak muridnya yang ditemui semasa mengikuti sebuah kursus.

ARTIKEL MENARIK:
1. ‘Bercinta Lepas Nikah Dgn Gadis Berpurdah, Tapi Malam Pertama Kami Buat Jantung Aku Hampir GUGUR !!’

2. Hantar Ibu Ke Rumah Orang Tua. Satu Hari Ibu Panggil Dan Minta Kipas, Peti Sejuk Dan Tukang Masak Untuk…

3. KISAH NYATA MATI SURI (Hidup kembali setelah mati)

4. Kisah Benar!!.. Sepasang couple kemalangan hancur berkecai selepas mencabar TUHAN

5. Video Rakaman Detik-Detik Seorang Ibu Melahirkan Seorang Bayi Cetus Komen Sebak daripada Netizen

loading…

Menurut teman ini, Raziah (juga bukan nama sebenar), dia tidak pernah menyangka Umairah mengalami masalah yang begitu berat pada usia yang masih terlalu muda remaja, iaitu 18 tahun.

Katanya, Umairah, nampak seperti remaja lain cuma dia agak pendiam. Satu malam, selepas selesai makan malam, Raziah akan melayani kumpulan muridnya dan berbual-bual dengan mereka.

Setelah hampir waktu untuk masuk tidur, Raziah pun mula hendak beredar, tiba-tiba Umairah mendekatinya dan berkata hendak berjumpa dengannya esok malam.

Hati Raziah mula berdebar-debar dan terfikirkan perkara buruk, namun dia tidak mendesak dan menunggu esok malam.

Keesokannya seperti dijanjikan, mereka berjumpa.

“Cikgu, saya mempunyai masalah yang sangat berat dan tidak tertanggung lagi. Sebenarnya cikgu, bapa saya telah ‘memakai’ saya sejak saya berumur lapan tahun sehingga sekarang.

“Emak tidak tahu dan saya tidak berani hendak memberitahu emak. Ayah mengugut jika saya memberitahu emak, dia akan melakukan yang lebih buruk daripada itu. Saya tidak mempunyai pilihan selain mendiamkan diri.

“Semasa saya hamil pun, ibu tidak perasan sehinggalah kandungan saya berusia tujuh bulan. Selepas itu ayah membawa saya ke tempat lain dan menyembunyikan saya sehingga saya bersalin. Apabila emak bertanya di mana saya, ada sahaja alasannya.

“Perkara ini saya pendamkan bertahun-tahun. Akibat perbuatan ayah, saya telah melahirkan dua orang anak. Kedua-dua bayi ini ayah jual kepada orang sebaik dilahirkan dengan harga RM3,000 seorang,” kata Umairah kepada Raziah.

Raziah terus bertanya kepada Umairah. Dia seperti tidak percaya ada juga bapa yang berperangai seperti haiwan.

Sambung Umairah lagi, selain pernah melahirkan dua orang anak, dia juga pernah dua kali menggugurkan anak, malah ayahnya sendiri yang melakukan pengguguran tersebut.

“Bukan saya sahaja yang menjadi korban ayah malah dua orang adik juga pernah cuba diperkosa, namun mereka menjerit dan mengugut hendak memberitahu emak.

“Saya benci dengan ayah. Tidak cukup dengan empat isteri, anak-anak juga hendak dijadikan tempat pelampias nafsu. Saya tidak tahu dengan siapa hendak mengadu. Saya lihat keempat-empat isteri ayah juga seperti kerbau dicucuk hidung,” ujar Umairah.

Termenung Raziah mendengar cerita Umairah dan terus teringat semasa perjumpaan pelajar bersama keluarga beberapa minggu sebelum itu lalu.

Dia terlihat bapa Umairah yang datang bersendirian dan dilihat agak pelik kerana kerap mengurut-ngurut belakang dan lengan anak perempuannya itu.

Walau semesra mana pun hubungan antara bapa dan anak, tidaklah sampai mengurut-ngurut belakang dan lengan anak dengan cara yang agak kurang manis.

Umairah pula dilihat amat tidak selesa dengan perlakuan bapanya dan cuba mengelak-ngelak.

Setelah mendengar cerita Umairah daripada mula hingga akhir, Raziah memberitahu Umairah dia akan membuat laporan polis.

Mulanya Umairah tidak bersetuju tetapi kata Raziah, kesalahan ayahnya begitu berat dan tidak boleh dimaafkan.

Semasa polis datang menangkap ayah Umairah, dia nampak seperti orang bodoh dan tidak membantah langsung.

Entah dia buat-buat atau dia memang begitu, tidak tahulah. Lebih menyakitkan hati apabila dia menjawab kata-kata anggota polis yang menangkapnya.

“Encik, kalau kita tanam rambutan pun bila sudah berbuah kita hendak merasa dahulu. Macam itulah juga dengan saya,” kata ayah Umairah.

Ayah Umairah telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara Umairah yang tamat sekolah dan cuba melupakan kisah pahitnya mendapat pekerjaan di sebuah hospital swasta.

________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…
loading…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The post Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qBgm6L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak

Itulah artikel Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pengakuan-gadis-18-tahun-dipakai-bapa_84.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengakuan Gadis 18 Tahun ‘dipakai’ Bapa Sendiri Hingga Hamil Dua Anak"

Catat Ulasan

Loading...