Loading...

Pengaruh Diri Sendiri

Loading...
Pengaruh Diri Sendiri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengaruh Diri Sendiri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengaruh Diri Sendiri
link : Pengaruh Diri Sendiri

Baca juga


Pengaruh Diri Sendiri

Pengaruh Diri Sendiri

Terima kasih admin sebab siarkan confession saya. Cerita ni saya kongsi sebagai pengajaran daripada pengalaman saya.

Untuk pengetahuan, saya orang kampung. Dibesarkan oleh abah yang garang dan mak yang tegas tapi penyayang. Saya ada 8 orang adik-beradik. Abah saya askar (sekali pandang terus gerun).
Sejak umur 7 tahun, abah memang dah sediakan jadual untuk anak-anak. Jadual ni dari Isnin sampai Ahad, 7 hari seminggu. Isnin sampai Jumaat, balik sekolah lepas solat, bermulalah tugas masing2. Tugasnya memasak, basuh pinggan mangkuk, angkat kain, lipat kain dan sapu sampah. Lepas selesai tugas tu wajib tidur sejam sebelum buat kerja sekolah. Lepas Asar, keluar main kat depan rumah je. Itu pun tunggu mak balik kerja. Lupa nak gtau, mak saya kerja kilang. Balik kerja pukul 3. Tepat pukul 6, wajib masuk rumah untuk bersiap-siap Maghrib dan pergi mengaji. Pukul 10 kena tidur. Untuk Sabtu dan Ahad, pagi sampai petang kat kebun. Buat batas, tabur baja, siram pokok, gali lubang sampai kutip dan jual semua kena buat. Tiada beza lelaki mahupun perempuan.

Pendek kata, zaman sekolah memang jadual padat. Kami memang diwajibkan masuk asrama walaupun setahun. Abah cakap, untuk belajar berdikari dan bercampur dengan kawan-kawan. Semua tugas, kami buat tanpa bersungut. Nak tahu sebab apa tak bersungut? Sebabnya, sesiapa yang tak buat, mak akan buat bila balik kerja. Bila tengok mak buat, terus berdesup rasa kesian kat mak. Kira masa sekolah, memang kena kurung 100%.

Bila masuk universiti, kawan pertama saya dari kampung nun di utara. Macam2 perubahan dia buat, antaranya dari elok berbaju kurung dan bertudung terus tukar pakai t-shirt berlengan pendek tanpa tudung. Bayangkan selalu pakai baju saiz L tukar pakai saiz XS. Yang membuatkan saya geleng kepala, bila balik kampung elok lak pakai baju kurung bertudung labuh. Katanya, kalo pakai t-shirt, mati kena hambur ngan mak pak aku. Jangan risau, saya dah tegur berkali-kali tapi tak mampu mencairkan hati dia. Alhamdulillah, sekarang ni dapat tau dia dah berubah.

Sementara tunggu grad, kerja jadi salesgirl. Sewa rumah dengan kawan masa kat U. Kawan saya ni masa kat U sangat baik, berbudi bahasa. Tapi yang buat saya geleng kepala, bila balik rumah lepas kerja, dia seronok berdua-duaan dengan BF dalam bilik. Jangan risau, saya dah gtau secara berhemah tapi jawapan yang saya dapat kata-kata kesat. Saya bagi pilihan, sama ada dia keluar cari rumah lain atau saya report kat tuan rumah. Tuan rumah saya seorang ustaz. Akhirnya, dia pilih untuk keluar.

Lepas grad, dapat kerja kat tempat lain. Maknanya, sewa rumah lain lagi. Kali ni housemate saya pegawai bank. Kerja tak tentu masa. Kadang balik malam. Kadang tu tak jumpa 2, 3 hari. Bulan pertama duduk situ, dia dah ajak teman pergi kelab malam. Tak minum arak katanya tapi bila balik langgar pintu, dinding bagai. Beberapa minggu lepas tu, elok je nak masuk rumah, ada lelaki kat ruang tamu. Bila tanya siapa dia. Katanya BF kawan tu. Dia memang pegang kunci rumah. Perrhhh, terus menyirap, jadi panas muka. Jangan risau, saya terus halau dia. Ehh esoknya, kena sound dengan kawan sebab halau BF dia. Sejak hari tu, setiap malam lelaki tu ada dalam bilik kawan. Masuk malam ketiga, terus inform ketua blok. Tiga hari lepas tu, dengar dia dah ditangkap khalwat. Masa ni saya dah keluar dari rumah tu.

Saya ceritakan semua ni supaya kita buka mata terutama remaja. Yang membentuk diri kita, diri sendiri. Sebab kita dah besar dan sepatutnya pandai fikir baik buruk. Tiada istilah pengaruh kawan atau sebab ibu bapa kurung masa kecil.

Terima kasih sebab membaca.

Ngangah

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6kjPG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pengaruh Diri Sendiri

Itulah artikel Pengaruh Diri Sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengaruh Diri Sendiri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pengaruh-diri-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengaruh Diri Sendiri"

Catat Ulasan

Loading...