Loading...

Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan

Loading...
Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan
link : Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan

Baca juga


Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan


SABAK BERNAM - Beberapa menu makanan di Bazar Ramadan Sungai Besar mengalami kenaikan RM0.50 sen selepas kerajaan negeri melaksanakan pengharaman bekas polisterina awal tahun lalu.

Seorang peniaga bazar Ramadan, Nurul Natasha Rozali, 19, berkata, kos ditanggung kini meningkat gara-gara terpaksa menukar penggunaan polisterina kepada bekas makanan bahan organik.

“Peniaga terpaksa menanggung dua kali ganda harga kos berbanding sebelum ini dan keuntungan pula makin berkurangan,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Natasha berkata, hanya tiga daripada lebih 10 menu yang dijualnya di bazar itu mengalami kenaikan iaitu nasi ayam, nasi tomato dan nasi kukus yang sebelum ini dijual pada harga RM4.50 sebungkus.

“Kita terpaksa jual RM5 sebungkus dengan kenaikan RM0.50 sen setiap bungkus untuk dapatkan sedikit keuntungan. Namun kami beri jaminan, kuantiti nasi dan bahan di dalamnya yang kami jual kepada pelanggan masih sama seperti tahun lalu,” katanya.

Malah Nurul Natasha memberitahu, harga beberapa menu makanan lain masih kekal dan juadah nasi ambeng yang menjadi menu istimewa kebanyakan penduduk di Sungai Besar masih kekal berharga RM6 sebungkus.

“Kita tak naikkan makanan sesuka hati. Kalau tengok harga yang kami tawarkan masih berpatutan. Contohnya nasi ambeng yang kami jual masih RM6 dan ini adalah tahun ketiga harga makanan ini masih tak berubah,” katanya.

Minta fahami peniaga

Peniaga Roti John, Hirawati Ju Oi, 42, berkata, harga roti panjang telur yang dimasak di bazar itu masih kekal RM3.50 seperti tahun lalu.

Hirawati berkata, meskipun harga roti meningkat pada tahun ini, dia masih mengekalkan harga agar tidak naik pada tahun ini.

“Bila harga naik, pelanggan marah. Jadi tak apalah kalau dapat untung sikit, asalkan pelanggan terus kekal beli. Berniaga di kampung ni, tak boleh nak naik harga sesuka hati, nanti pelanggan lari,” katanya.

Bagi peniaga martabak pula, Siti Norbaizura Ahmad, 34, berkata, martabak inti ayam dan daging yang dijualnya di bazar itu masih pada harga lama sejak tiga tahun lalu.

“Ini tahun ketiga saya jual martabak RM3 sekeping. Sejak berniaga martabak 20 tahun lalu, harga makanan ini dulu dijual pada hanya RM1 dan kemudiannya naik sehingga RM3.

“Ramai kata peniaga cuba ambil kesempatan, tapi bayangkan dalam tempoh 20 tahun ini, harga martabak hanya naik RM2 sahaja,” katanya.

Siti Norbaizura berkata, kenaikan harga barang dan kos sara hidup antara punca utama kenaikan harga makanan di bazar Ramadan.

“Semua pihak perlu rasional dalam hal ini. Peniaga beli barang mentah pada harga tinggi, jadi bagaimana kami nak dapat pulang semula modal dan kos jika harga masih kekal sama. Mana ada peniaga yang tak mahu untung, tapi biarlah untung berpada-pada,” katanya.

Peniaga minuman, Muhammad Amin Selamat berkata, harga enam jenis air buah-buahan yang dijualnya masih harga sama seperti tahun lalu iaitu dijual pada harga RM3 sebungkus tanpa mengurangkan rasa dan kuantitinya.

“Saya rasa harga ini masih relevan dalam keadaan semasa dan buat masa sekarang, tiada sebarang kenaikan harga dibuat,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMLhi5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan

Itulah artikel Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pengharaman-bekas-polisterina-beri-kesan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengharaman Bekas Polisterina Beri Kesan"

Catat Ulasan

Loading...