Loading...

Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden

Loading...
Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden
link : Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden

Baca juga


Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden

ALOR GAJAH – Semua penternak babi di Melaka digesa mengubah sistem penternakan kovensional sedia ada ke kaedah moden sekiranya ingin terus menjalankan penternakan berkenaan selewat-lewatnya menjelang hujung tahun depan, kata Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah bagi mengekang isu pencemaran bau dan air terutama di Sungai Tuang, Masjid Tanah di sini akibat penyaluran sisa kumbahan penternakan babi secara konvensional ke sungai itu.

Katanya kerajaan negeri dan agensi berkaitan telah lama memberi peluang dan berkompromi dengan penternak terbabit bagi mereka mengikut prosedur yang ditetapkan agar pencemaran itu tidak berlaku, namun sebaliknya penternak berkenaan masih berdegil.

“Jadi sudah tiba masanya untuk Melaka melaksanakan penternakan babi moden ini selaras dengan amalan teknologi hijau yang kita laksanakan,” katanya kepada selepas Prapelancaran Program Cintailah Sungai Kita Fasa 2 di Sungai Tuang di sini, hari ini.

Terdahulu dalam program yang turut dihadir Anggota Dewan Undangan Negeri Taboh Naning Datuk Latipah Omar itu sebanyak 3,000 bebola lumpur dilontar ke dalam sunagi berkenaan sebagai salah satu usaha membersihkan pencemaran yang berlaku akibat penternakan babi di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Hasan berkata semua perbelanjaan bagi melaksanakan kaedah moden berkenaan perlu ditanggung sepenuhnya oleh penternak dan kerajaan negeri tidak akan melabur dalam perlaksanaan kaedah moden tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan memberi tempoh sebulan kepada 30 penternak babi yang mengusahakan 36 ladang penternakan di sekitar Paya Mengkuang di Masjid Tanah untuk mematuhi syarat dalam kertas cadangan bersabit perlesenan ladang babi yang dikenali sebagai Kertas Cadangan Pelesenan Ladang Babi 2017.

Katanya kertas cadangan itu akan dibawa ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi memastikan semua penternak memiliki lesen dan ladang penternakan babi yang tidak mematuhi syarat lesen boleh diarah tutup sehingga penternak berkenaan benar-benar mematuhi aspek pengurusan ladang yang digariskan.

“Pengenalan lesen penternakan babi bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan negeri melalui agansi dan pihak berkuasa tertentu seperti Jabatan Veterinar untuk mengambil tindakan tegas kepada penternak yang masih tidak mematuhi undang-undang.

Lesen ini membolehkan kita mengawal pelbagai aspek bagi memastikan penternak babi di negeri ini terkawal termasuk dari segi pengurusan ladang babi, kebersihan ladang dan pematuhan kuota bilangan haiwan berkenaan yang ditetapkan mengikut saiz ladang yang ada,” katanya.

Katanya sebanyak 22 ladang penternakan babi di kawasan tersebut dikesan tidak mematuhi kriteria syarat pelesenan dalam kertas cadangan perlesenan berkenaan, namun mereka diberi peluang untuk mengubah sistem pengurusan dan pengoperasi ladang itu sebelum penguatkuasaan syarat lesen dilaksanakan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet, Resort dan Homestay Bumiputera Melaka Zakaria Othman, 54, meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kegagalan pihak berkaitan mengekang isu pencemaran air dan bau ekoran penternakan babi di kawasan tersebut sejak hampir 10 tahun lepas.

Beliau mendakwa siasatan perlu dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap pengoperasian ladang babi di kawasan tersebut kerana penguatkuasasan yang dilakukan sebelum ini dilihat tidak berkesan dan sambil lewa sehingga menyebabkan isu pencemaran berkenaan.

“Isu ini bukan baharu tetapi dah berpuluh tahun dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian. Bukan sahaja penduduk di kawasan ini terkesan dengan isu pencemaran bau dan air ini tetapi ia turut menyebabkan perusahaan chalet, resort dan inap desa yang diusahakan kami terjejas,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPcLAx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden

Itulah artikel Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/penternak-babi-di-melaka-digesa-laksana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penternak Babi Di Melaka Digesa Laksana Kaedah Moden"

Catat Ulasan

Loading...