Loading...

Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar

Loading...
Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar
link : Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar

Baca juga


Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar

MELAKA – Penurunan ketibaan pelancong Amerika Syarikat ke Malaysia pada suku pertama tahun ini tidak memberi kesan besar kepada industri pelancongan negara secara keseluruhannya, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata ia kerana industri pelancongan negara adalah luas dan mempunyai pelbagai segmen pelancongan yang dapat menampung pengurangan kedatangan pelancong negara itu ke Malaysia antaranya peningkatan pelancong dari China dan Timur Tengah.

“Penurunan itu tidak menjejaskan industri pelancongan negara kerana kita tidak hanya bergantung atau berharap pada kedatangan pelancong Amerika Syarikat semata-mata.

“Kita yakin ia (pelancong Amerika Syarikat) akan kembali meningkat pada suku kedua tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian ‘Shopping Raya Anak Yatim’ Parlimen Tangga Batu di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan kelengkapan menyambut Hari Raya termasuk pakaian baharu kepada 220 anak-anak yatim di Parlimen Masjid Tanah berjumlah RM43,600.

Semalam Bernama melaporkan jumlah ketibaan pelancong dari Amerika Syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini turun 12.9 peratus kepada 52,237 orang berbanding bagi tempoh sama tahun lepas.

Mas Ermieyati berkata kerjasama yang sedang diusahakan dengan KLM Royal Dutch Airlines bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong Amerika Syarikat ke Malaysia juga dijangka meningkatkan kembali jumlah kedatangan pelancong dari negara berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata pemantauan dan tindakan agresif berterusan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menangani sebarang isu atau aktiviti keganasan pihak militan di negara ini memberi imej positif kepada pelancong luar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang selamat untuk dilawati.

“Kita dapat lihat bagaimana KDN melalui agensi penguatkuasaan di bawahnya mengawal sebarang kejadian atau usaha kumpulan militan untuk mewujudkan suasana tidak aman di negara ini melalui beberapa tangkapan yang dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pada Mei lepas, Malaysia telah diiktiraf sebagai destinasi mesra Muslim nombor satu selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2011 menerusi laporan Global Muslim Travel Index (GMTI).

Katanya pencapaian itu merupakan satu penghargaan kepada negara bagi industri pelancongan Islam dan ia bukan mudah untuk dikekalkan dalam tempoh tersebut. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9snyb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar

Itulah artikel Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/penurunan-pelancong-as-tidak-beri-kesan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penurunan Pelancong AS Tidak Beri Kesan Besar"

Catat Ulasan

Loading...