Loading...

Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan

Loading...
Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan
link : Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan

Baca juga


Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan



KOTA KINABALU – Perintah berkurung fasa ke-65 di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan dua minggu lagi bagi fasa ke-66, bermula esok.

Tempoh perintah berkurung fasa baharu itu dikuatkuasakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi sehingga 7 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata peraturan itu dikuatkuasakan di perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Berikutan itu, beliau mengingatkan orang ramai di daerah terbabit supaya tidak berada di lokasi yang diisytiharkan sebagai kawasan perintah berkurung.

“Keperluan meneruskan perintah berkurung di perairan terbabit adalah bagi memastikan ia tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa, selain pelancong di pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

“Ini kerana maklumat mendedahkan kumpulan yang menjalankan kegiatan penculikan bagi mendapatkan wang tebusan (KFR) dan kumpulan Abu Sayaf masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan lain-lain jenayah rentas sempadan.

“Kita juga mahu menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah, yang menjadi pengguna perairan dan berada di daratan di kawasan ESSZONE,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pelaksanaan perintah berkurung juga memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan aktiviti perikanan dengan kehadiran kapal pasukan keselamatan.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak,” katanya. – BHarianOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qNtR1D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan

Itulah artikel Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/perintah-berkurung-esszone-dilanjutkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perintah Berkurung ESSZONE Dilanjutkan"

Catat Ulasan

Loading...