Loading...

Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu

Loading...
Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu
link : Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu

Baca juga


Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu

KUALA LUMPUR – Permohonan injunksi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menghalang anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee daripada memfitnahnya berhubung satu klip video yang dimuatkan di laman Facebook, akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili perdana menteri berkata Hakim Mohd Zaki akan mendengar permohonan injunksi inter-parte itu selepas seorang pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, yang sepatutnya mendengar permohonan tersebut menarik diri daripada mendengar permohonan berkenaan.

Peguam itu berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini, yang turut dihadiri peguam Joanne Chua mewakili Pua.

Pada 24 Mei lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri daripada mendengar permohonan itu atas alasan beliau pernah aktif dalam politik serta menjadi anggota pentadbiran dan Dewan Negara sebelum menganggotai badan kehakiman.

Sementara itu, Joanne berkata permohonan injunksi itu akan didengar pada 8 Jun.

Pada 21 April lepas, Hakim Abu Bakar Jais membenarkan permohonan Najib bagi mendapatkan injunksi sebelah pihak (ex-parte) untuk menghalang Pua selaku defendan daripada menerbitkan perkataan sama atau serupa seperti yang terkandung dalam kenyataan defendan itu.

Najib memohon injunksi sebelah pihak berasaskan kebimbangan peribadinya akan betapa seriusnya kenyataan memfitnah Pua itu boleh menjejaskan kedudukannya sebagai perdana menteri, menteri kewangan serta pemimpin sebuah parti politik.

Pada 21 April lepas, Najib atas kapasiti peribadinya menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam “live video” berkaitan pembentangan Rang Undang Undang Akta Mahkamah Syariah (BIdang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib selaku plaintif mendakwa Pua telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April lepas, yang telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam Facebook rasminya ‘Tony Pua’.

Plaintif mendakwa klip video berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk “BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill”, boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di internet.

Najib mendakwa kenyataan dalam ‘live video’ itu mengandungi perkataan yang merujuk secara spesifik kepadanya dan membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada anggota Parlimen Marang untuk mengusulkan Rang Undang-Undang Persendirian dan mengetepikan Rang Undang-Undang yang lain.

Najib turut memohon ganti rugi am, tambahan, teladan, faedah dan satu perintah injunksi bagi menahan defendan atau ejen-ejennya dalam apa cara sekali pun daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan-perkataan fitnah terhadapnya selain memohon perintah supaya Pua mengeluarkan ‘live video’ itu daripada laman Facebook beliau dengan serta-merta. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qECl9y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu

Itulah artikel Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/permohonan-injunksi-pm-najib-didengar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Permohonan Injunksi PM Najib Didengar Di Hadapan Hakim Baharu"

Catat Ulasan

Loading...