Tajuk : Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
link : Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
SHAH ALAM – Keupayaan Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus bagi suku pertama 2017 adalah sesuatu yang mengatasi jangkaan ramai, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Beliau turut menyifatkan usaha kerajaan menumpukan aspek asas-asas ekonomi sebagai strategi yang terbukti tepat.
“Ia jelas terbukti menerusi pertumbuhan asas semua sektor utama. Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar majlis pelancaran Laporan Tahunan 2016 NTP yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini malam tadi.
Laporan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menyifatkan perakuan oleh firma-firma antarabangsa seperti Forbes, BAV Consulting dan Wharton School daripada Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai paparan sentimen keyakinan para pelabur.
“Mereka menyenaraikan Malaysia dalam (ranking) negara terbaik untuk para pelabur pada 2017 dan negara pilihan terbaik sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya
Mustapa berkata, Malaysia turut mencatat prestasi baik dalam perdagangan dan pelancongan sepertimana dibuktikan menerusi kehadiran ramai pelancong China ke negara ini.
“Kita perlu mengekalkan momentum ini serta keamanan dan kestabilan yang menjadi antara ciri utama Malaysia dapat selain keupayaan untuk hidup dalam harmoni,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9xfa1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai
Anda sedang baca artikel Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pertumbuhan-kdnk-malaysia-atasi.html
0 Response to "Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai"
Catat Ulasan