Loading...

Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Loading...
Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne
link : Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Baca juga


Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne


PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur lewat Rabu cuba ‘dirampas’ seorang penumpang, lapor media Australia.

Pesawat MH128 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine Melbourne pukul 11.11 malam waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang 5.28 pagi Khamis.

Bagaimanapun, pesawat MAB jenis Airbus A330-300 itu dilaporkan berpatah balik ke lapangan terbang kedua tersibuk di Australia tersebut beberapa minit kemudian ekoran cubaan gangguan daripada seorang penumpang.

“MH128 kembali semula ke Melbourne selepas Kapten yang bertugas dimaklumkan oleh seorang krew kabin mengenai percubaan seorang penumpang mahu memasuki bilik kokpit pemandu pesawat,” kata kenyataan MAB.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu seterusnya memaklumkan bahawa keselamatan adalah keutamaan MAB dan MH128 tersebut berjaya mendarat semula di Melbourne pada pukul 11.41 malam waktu standard Australia timur.

Pesawat kemudian ditempatkan di petak ditetapkan dan menunggu bantuan keselamatan daripada pihak berkuasa manakala semua penerbangan lain masuk ke Melbourne turut dilencongkan ke lapangan terbang yang berdekatan.

Wartawan stesen penyiaran tempatan SBS News, Brianna Roberts melaporkan bahawa seorang penumpang disyaki mahu menceroboh itu cuba ditahan oleh 11 penumpang lain dan suspek dikatakan berlari memasuki ruang kokpit.

Dia dipercayai memegang sejenis peranti elektronik yang berfrekuensi, namun bukan berbentuk bahan letupan dan beberapa pengumuman dalam pesawat MAB itu turut menyatakan ada berlaku insiden dengan situasi keselamatan.

Dalam pada itu, portal penjejakan penerbangan antarabangsa, Flightradar24 mendedahkan laluan MH128 tersebut kelihatan berpatah balik ke Melbourne dan beberapa pesawat yang menuju ke sana turut dilencong ke tempat lain.

Laporan media tempatan yang belum disahkan menyatakan bahawa lapangan terbang utama ibu negeri Victoria itu ditutup untuk operasi keselamatan oleh pihak berkuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sn7PSR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne

Itulah artikel Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pesawat-mab-mh128-cuba-dirampas-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesawat MAB MH128 Cuba Dirampas Di Melbourne"

Catat Ulasan

Loading...