Loading...
Tajuk : Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’
link : Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’
Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’
Jika selalunya kita mendengar kes culik membabitkan manusia, tetapi di Amerika Syarikat baru-baru ini digemparkan dengan kes penculikkan kucing.
Pihak berkuasa di Virginia, Amerika Syarikat (AS), buntu memikirkan kes ‘penculikan’ pelik yang berlaku di sebuah kawasan di negeri itu sejak beberapa bulan lalu. Ini kerana, kes ‘penculikan’ itu hanya membabitkan kucing.
Lebih menghairankan, semua kucing yang diculik akan dikembalikan, namun dengan bahagian bawah badannya ‘dibotakkan’.
Memetik laporan Reuters, tiada kecederaan dikesan pada kucing-kucing berkenaan, namun haiwan berkenaan dilihat agak takut-takut selepas ‘dipulangkan’ kepada pemiliknya.
Sejak Disember tahun lalu, pemilik-pemilik kucing di daerah Waynesboro, Virginia, dilanda kerisauan apabila beberapa kucing yang dipelihara di kawasan itu hilang. Sehingga kini, polis sudah menerima tujuh laporan kehilangan kucing daripada pemilik di situ.
Jurucakap polis Waynesboro, Kapten Kelly Walker berkata, bulu kucing-kucing tersebut dicukur dengan corak yang hampir sama.
“Kesemua kucing yang diculik berada dalam keadaan sihat, sudah dimandulkan dan memakai kolar pada bahagian leher.
“Bulu kucing-kucing itu dicukur di bahagian perut, kaki dan peha,” kata Walker.
Tambah Walker, mereka tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana kesemua kucing dipulangkan, namun meminta agar si pelaku berhenti berbuat demikian.
Sumber : Astro Awani
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pVpvZm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’
Itulah artikel Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/polis-as-buntu-kes-kucing-diculik-dan.html
0 Response to "Polis AS Buntu Kes Kucing ‘Diculik Dan Dibotakkan’"
Catat Ulasan