Loading...

Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan

Loading...
Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan
link : Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan

Baca juga


Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan


ALOR SETAR – Polis sedang memburu lima lagi suspek berhubung kes kematian seorang lelaki yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini, Ahad lalu.

Suspek berusia 31 tahun itu meninggal pada pukul 12.30 tengah hari semalam setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan parah di bahagian tengkuk, muka, telinga, badan serta kaki akibat dibelasah oleh orang awam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata polis telah menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 20-an di sekitar Alor Setar semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita sedang memburu lima lagi suspek berdasarkan gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan gambar yang tersebar di media sosial,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah laku kerana ia boleh mendatangkan kesan kepada diri sendiri.

“Jangan buat undang-undang sendiri..sekiranya berlaku kes seperti ini tangkap dan serah suspek kepada polis, biar polis yang ambil tindakan. Kita tahu kalau sudah marah memang nak pukul tapi kalau tidak sebabkan kematian tidak apa, kalau ini macam mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah menunjukkan penurunan 6.92 peratus atau 162 kes bagi tempoh Januari hingga April lepas berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu 2,180 kes berbanding 2,342 kes.

“Jumlah jenayah kekerasan juga mencatatkan penurunan sebanyak 17.85 peratus atau 68 kes iaitu 313 kes berbanding 381 kes dalam tempoh sama tahun lepas namun kita tidak boleh berpuas hati dengan penurunan indeks jenayah ini kerana masih terdapat rungutan orang ramai terhadap mutu siasatan yang dilakukan.

“Selain itu, kita sentiasa memantau anggota kita bagi mengelak mereka daripada terlibat dalam kegiatan bermain judi di dalam premis perjudian online yang berlesen dan tidak berlesen,” katanya.

Terdahulu, Asri telah merasmikan Perhimpunan Bulanan, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pemakaian Pangkat kepada anggota. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rie4Ih

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan

Itulah artikel Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/polis-buru-lima-lagi-suspek-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Buru Lima Lagi Suspek Bantu Siasatan"

Catat Ulasan

Loading...