Loading...

PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit

Loading...
PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit
link : PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit

Baca juga


PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit

PAS Sarawak sedia bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, meskipun tewas teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu, kata pesuruhjayanya.

Bagaimanapun, Jofri Jaraiee berkata, terpulang kepada pucuk pimpinan PAS Pusat menentukan sama ada parti itu akan menurunkan calon pada PRK DUN Pujut.

“Kita akan bincang dengan PAS Pusat dan kita tunggu keputusan PAS Pusat sama ada akan bertanding atau tidak. Kemungkinan dalam minggu ini kita akan bermesyuarat.

“Kita di kawasan ini sudah bersedia kalau diminta bertanding,” katanya kepada FMT hari ini.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Pujut akan diadakan pada 4 Julai selepas Hari Raya Aidilfitri, bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai adun Pujut selepas usul Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri, Datuk Woon Soon Koh yang juga adun Bawang Assan mendedahkan Dr Ting mempunyai 2 kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Ditanya adakah PAS sedia kehilangan deposit di Pujut, Jofri berkata, pihaknya tidak memikirkan soal kalah kerana mereka nampak peluang menang di PRK itu.

“Orang nak kata PAS akan hilang deposit, kita tidak kisah sebab kita lihat peluang terbuka, kita lihat sokongan rakyat kepada PAS di Sarawak makin hari makin meningkat.

“Bagi saya, dulu BN pernah menjadi wakil rakyat, lepas itu DAP. Jadi, rakyat akan menilai dan kita harap selepas ini rakyat bagi peluang kepada PAS mewakili DUN Pujut,” katanya.

Pada PRN ke-11 lalu, Dr Ting memenangi kerusi Pujut dengan 8,899 undi, menewaskan calon BN, Hii King Chiong yang mendapat 7,140 undi, calon PAS, Jofri (513 undi) dan calon Bebas, Fong Pau Teck (375 undi). - FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q1MmlO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit

Itulah artikel PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/prk-pujut-pas-sarawak-mahu-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRK Pujut: PAS Sarawak Mahu Bertanding Walau Hilang Deposit"

Catat Ulasan

Loading...