Loading...
Tajuk : #PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli
link : #PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli
#PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli
MIRI: Walaupun Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hanya akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut selepas cuti Hari Gawai namun tiga set borang pencalonan sudah dibeli oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Pujut.
Memetik laporan The Borneo Post, Pengerusi SUPP Pujut Adam Yii Siew Seng menemani tiga ahli cawangan tersebut iaitu Huang Huat Choon, Chai Chee Vui dan Hii Chang Hoon memberi borang pencalonan di pejabat Majlis Perbandaran Miri.
Huang,65, merupakan setiausaha publisiti SUPP Cawangan Pujut, Chai,58, setiausaha eksekutif dan Hii,55, setiausaha penganjur.
Ditanya sama ada tiga daripada mereka yang membeli borang tersebut berpotensi menjadi calon, Yii menjawab ada kemungkinan ia berlaku.
"Kita yang pertama membeli borang pencalonan, dan kita lakukan mewakili BN.
"kita masih menunggu kepimpinan tertinggi BN untuk memutuskan dan membuat keputusan yang diumumkan Ketua Menteri nanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Jun sebagai hari penamaan calon manakala 4 Julai sebagai hari pengundian.
PRK tersebut diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan kelayakan Dr Tiong Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) oada 12 Mei lepas.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9jGq1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article #PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli
Itulah artikel #PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel #PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/prkpujut-3-set-borang-pencalonan-sudah.html
0 Response to "#PRKPujut: 3 Set Borang Pencalonan Sudah Dibeli"
Catat Ulasan