Loading...

PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA

Loading...
PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA
link : PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA

Baca juga


PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA

Syarikat DRB-Hicom akan menjual 49.9 peratus ekuiti dalam Proton Holdings kepada syarikat pembuat kereta China, Kumpulan Zhejiang Geely Holding.

Menurut DRB-Hicom, kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan dan akan memeterai Perjanjian Definitif pada Julai 2017.

Syarikat bermasalah itu juga dilaporkan akan menjual semua kepentingannya dalam syarikat pembuat kereta sport British, Lotus kepada Geely dan Etika Automotive Sdn Bhd.

“Perjanjian itu juga akan menyaksikan Proton menjual keseluruhan ekuitinya dalam Lotus yang akan melihat kumpulan itu tidak lagi akan berkecimpung dalam segmen kereta sport,” kata DRB-Hicom yang dipetik oleh portal The Star.

Dengan keputusan itu, Geely yang menguasai Geely Automobile Hong Kong dan Kumpulan Kereta Volvo Sweden menjadi pemilik kereta nasional negara yang diasaskan pada tahun 1983 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.

Geely Holding, yang juga memiliki The London Taxi Company, adalah antara syarikat pembuat kenderaan penumpang terkemuka di China.

Ia mempunyai kemudahan di sebahagian besar dunia, termasuk 16 kilang pembuatan, tujuh studio reka bentuk dan lima pusat penyelidikan dan pembangunan.

Pengarah Urusan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata perjanjian itu bagi memastikan jenama Proton akan terus berkembang.

“Hasrat kami adalah sentiasa untuk memastikan nama Proton terus giat semula. Ia adalah jenama kereta nasional pertama di Malaysia dan mempunyai sejarah lebih 30 tahun.
“Perjanjian ini akan menjadi pemangkin untuk meningkatkan jenama yang sebatii dengan rakyat Malaysia,” katanya.

Kerajaan, sebelum ini mengarahkan DRB-Hicom, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, supaya mencari rakan kongsi strategik untuk Proton Holdings sebagai sebahagian daripada syarat sebelum pinjaman mudah RM1.5 bilion disalurkan tahun lalu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY4xrU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA

Itulah artikel PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/proton-kini-di-tangan-geely-holding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PROTON KINI DI TANGAN GEELY HOLDING, CHINA"

Catat Ulasan

Loading...