Loading...

#PRU14: Uggah Tidak Bertanding

Loading...
#PRU14: Uggah Tidak Bertanding - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk #PRU14: Uggah Tidak Bertanding, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : #PRU14: Uggah Tidak Bertanding
link : #PRU14: Uggah Tidak Bertanding

Baca juga


#PRU14: Uggah Tidak Bertanding


KUCHING: Ahli Parlimen Betong, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Memetik laporan The Borneo Post, menurutnya, beliau tidak akan menawarkan diri untuk Parlimen.

Uggah menjelaskan, faktor utama beliau tidak bertanding kerana berdasarkan pefahaman di Sarawak tiada seorang pun yang berkhidmat sebagai ahli parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Difahamkan tiada siapa harus memegang kedua-dua kerusi Parlimen dan DUN. Selain daripada itu, saya mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawab saya sebagai Timbalan Ketua Menteri," katanya.

Uggah, yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah menjelaskan, beliau sudah membuatkan keputusan berhenti berkhidmat sebagai ahli parlimen untuk memberi tumpuan kepada pemodenan sektor pertanian Sarawak serta membangunkan luar bandar negeri ini.

Dilahirkan pada tahun 1955, Uggah dipilih sebagai calon PBB untuk Betong pada pilihan raya umum 1986 dan menang. Sejak itu, beliau telah menjadi Ahli Parlimen mewakili kawasan tersebut sehingga sekarang.

Antara tahun 1990 dan 1995, Uggah, yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

Pada tahun 1995, beliau menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga 1999.

Pada tahun 2000, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan, sehingga 2008.

Tahun 2008 menandakan satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya politik Uggah apabila beliau dilantik sebagai menteri penuh dengan menerajui Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau mengetuai kementerian selama lima tahun sehingga pilihan raya umum 2013 sebelum dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi selepas meraih kemenangan besar dengan 15,476 undi.

Pada 2016, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu mengumumkan persaraannya dan Uggah telah diminta untuk kembali ke Sarawak untuk mengambil alih kedudukan Jabu.

Beliau bertanding sebagai calon PBB bagi kerusi DUN Bukit Saban dalam pilihan raya negeri Mei 7 dan memenanginya.-Sarawakiana



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRquIz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article #PRU14: Uggah Tidak Bertanding

Itulah artikel #PRU14: Uggah Tidak Bertanding Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel #PRU14: Uggah Tidak Bertanding dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/pru14-uggah-tidak-bertanding.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#PRU14: Uggah Tidak Bertanding"

Catat Ulasan

Loading...