Loading...

Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Loading...
Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar
link : Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Baca juga


Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Ia kerana komen yang mengkritik dasar AS dan juga pendirian negara Arab terhadap Iran.

emir-qatar

RIYADH: Sebuah kumpulan yang mendakwa diri mereka waris kepada pengasas aliran Wahabi, Muhammad ibn Abdul Wahhab, menyatakan kemarahan mereka terhadap pemerintah Qatar selepas komen yang menyelar retorik negara Arab terhadap Iran.

Akhbar Arab Saudi, Okaz, melaporkan seramai 200 waris Ibn Abdul Wahhab yang marah dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, kini mahu sebuah masjid yang dinamakan sempena pengasas fahaman itu diubah nama.

Minggu lepas, media milik kerajaan Qatar menerbitkan komen Sheikh Tamim yang antara lain mengkritik retorik negara Teluk terhadap Iran di samping mempersoalkan dasar luar Amerika Syarikat.

Qatar bagaimanapun menafikan mengeluarkan komen tersebut, sebaliknya berkata agensi beritanya digodam.

Bagaimanapun, media kerajaan Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus melaporkan komen tersebut sehingga menimbulkan kemarahan Doha.

Laporan akhbar Arab Saudi itu merujuk kepada “salah seorang emir negara Teluk” yang membina sebuah masjid bersempena nama Ibn Abd al-Wahhab, dan mendakwa tokoh tersebut adalah moyangnya.

Masjid negara Qatar yang dibuka pada 2011 dinamakan Masjid Sheikh Mohammed ibn Abd al-Wahhab.

“Kami menuntut nama masjid itu diubah kerana ia tidak lagi patuh kepada jalan Salafi yang betul,” kata kenyataan kumpulan itu, merujuk kepada nama yang digunakan pengikut Wahabi untuk fahaman mereka.

Keluarga al-Thani yang memerintah Qatar berasal dari wilayah Najd di bahagian tengah dan utara Arab Saudi yang juga merupakan tempat asal Ibn Abd al-Wahhab. Bagaimanapun, tidak jelas sama ada mereka mempunyai pertalian keluarga secara langsung.

Pertelingkahan dengan Qatar turut menyebabkan pihak berkuasa Arab Saudi dan UAE menyekat laman berita Qatar, Al Jazeera, yang dianggap Riyadh dan Abu Dhabi sebagai tidak mesra terhadap mereka. Stesen penyiaran itu bagaimanapun mendakwa ia sebuah badan berita bebas.

Hubungan Qatar dan beberapa negara Arab di Teluk menjadi buruk selama 8 bulan pada 2014 susulan sokongan Qatar terhadap kumpulan Ikhwanul Muslimin, ideologi politik yang melawan pemerintahan bercorak raja.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qqfZ0f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar

Itulah artikel Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/puak-wahabi-marah-dengan-qatar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Puak ‘Wahabi’ marah dengan Qatar"

Catat Ulasan

Loading...