Loading...

Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama

Loading...
Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama
link : Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama

Baca juga


Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama

KUALA LUMPUR – Relevan dan tepat. Itu yang disifatkan oleh bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar berhubung cadangan penukaran nama Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak kepada ‘Jalan BERNAMA’.

Beliau berkata nama sesuatu jalan menunjukkan penghargaan ataupun tanda ingatan atas sumbangan dan juga khidmat bakti yang diberikan oleh individu atau organisasi kepada negara.

“Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia) telah berkhidmat menyampaikan maklumat yang tepat dan benar kepada rakyat sejak penubuhannya pada 1967, bila ia dilaporkan Bernama kita tahu ia berita yang sahih.

“Kita juga sedia maklum reputasi Bernama sebagai agensi kerajaan yang selalu kita boleh harapkan. Oleh itu, penukaran nama jalan dengan nama pertubuhan itu amatlah sesuai dan bertepatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang pada majlis makan malam Jubli Emas agensi itu pada Isnin lepas.

Elyas menjelaskan bahawa, nama jalan yang menggunakan nombor dan abjad kebiasaannya digunakan hanya untuk sementara waktu sebelum mendapat nama yang lebih sesuai.

Turut bersetuju adalah Penyelaras Jabatan Bandar dan Perancang Wilayah Universiti Malaya Dr Nikmatul Adha Nordin yang berpendapat penukaran nama baharu itu akan memberi makna dan identiti kepada jalan berkenaan.

“Saya sangat setuju jika ia ditukarkan kepada nama lebih khas, tambahan pula Wisma Bernama merupakan bangunan yang sangat bermakna untuk dijadikan mercu tanda di kawasan tersebut,” katanya.

Nikmatul berkata pelaksanaan itu juga mampu mengurangkan kekeliruan orang ramai dan membantu dari segi pencarian jalan berdasarkan maklumat fizikal yang lebih jelas.

Tambahnya, ia juga merupakan sebuah pengiktirafan kepada sumbangan agensi berita itu dalam bidang kewartawanan sekali gus menjadikan ia lebih dikenali ramai.

Wisma Bernama yang terletak di Jalan 1/65A off Jalan Tun Razak antara bangunan terawal didirikan di sekitar Jalan Tun Razak pada 1980-an, mendahului bangunan lain di sekitarnya seperti Perpustakaan Negara, Balai Seni Lukis Negara, Pusat Darah Negara dan Istana Budaya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rSv2Nw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama

Itulah artikel Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/relevan-tukar-jalan-165a-kepada-jalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Relevan Tukar Jalan 1/65A Kepada Jalan Bernama"

Catat Ulasan

Loading...