Loading...
Tajuk : Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi
link : Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi
Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi
BINTANGOR – Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas dipercayai diserang buaya semasa bermain di tebing Sungai Kawi dekat sini bersama seorang rakannya lewat petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, terdapat kecederaan pada kaki mangsa yang dikenali sebagai Andrian Tan berusia 13 tahun, dipercayai akibat kesan gigitan buaya.
Menurutnya, mangsa ditemukan sekumpulan penduduk kampung yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat mangsa kejadian yang berlaku kira-kira 6.45 petang.
“Jarak mangsa ditemui 500 meter dari tempat kejadian pada jam 7.10 malam. Mengikut maklumat saksi di lokasi terdapat kesan gigitan buaya pada paha kiri mangsa. Menurut rakan mangsa, Andrian secara tiba-tiba terjatuh seperti ditarik oleh sesuatu ke dalam air,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA
Thus Article Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi
Itulah artikel Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/remaja-lemas-dibaham-buaya-di-sungai_30.html
0 Response to "Remaja Lemas Dibaham Buaya Di Sungai Kawi"
Catat Ulasan