Tajuk : Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan
link : Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan
Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan
DHAKA – Ribut tropika Mora membadai Bangladesh pada Selasa dengan kelajuan angin 117 kilometer sejam mengakibatkan beberapa buah rumah rosak sejurus selepas pihak berkuasa memindahkan ratusan ribu penduduk dari kawasan pantai, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Buletin khas Jabatan Meteorologi Bangladesh berkata, ribut itu kemudian menuju ke bahagian Teluk Utara menyeberangi pantai Cox Bazar-Chittagong pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).
Seramai 300,000 di sepuluh daerah paling terdedah kepada ribut telah dipindahkan ke tempat selamat, kata jurucakap bilik kawalan pengurusan Kementerian Bencana Golam Mostafa menurut laporan B D News.
Dianggarkan kira-kira 2.5 juta penduduk di Cox’s Bazar, Chittagong, Noakhali, Lakshmipur, Feni, Chandpur, Barguna, Patuakhali, Bhola, Barisal dan Pirojpur terdedah kepada risiko.
Bencana itu menyebabkan kawasan rendah di daerah pantai dan pulau berkemungkinan dilanda pusuan ribut antara 1.2 hingga 1.5 meter.
Semua bot nelayan dan pukat tunda dinasihatkan tidak menjalankan sebarang aktiviti di perairan sehingga diberitahu.
Bangladesh sering dilanda ribut antara April dan Disember. Pada tahun lepas ribut tropika Roanu melanda pantai selatan negara itu mengakibatkan 20 orang terbunuh dan setengah juta penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6GzKK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan
Anda sedang baca artikel Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/ribut-mora-penduduk-terpaksa-dipindahkan.html
0 Response to "Ribut Mora Penduduk Terpaksa Dipindahkan"
Catat Ulasan