Tajuk : Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal
link : Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal
Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal
Dramatis Rosnah Mat Aris, 62, berjaya menutup mulut lancang pihak tertentu yang meramalkan perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa takkan bertahan lama.
Memetik laporan BH online, Rosnah berkata, tahun ini beliau dan Tajul, 36, atau lebih dikenali sebagai Blue akan meraikan usia sedekad perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10.
Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya.
“Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang, ” katanya.
Rosnah berkata, pada peringkat awal perkahwinan mereka, ada pihak yang menghasut beliau dengan mempertikaikan keikhlasan lelaki terbabit untuk memperisterikannya.
“Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya berkahwin dengan saya kerana duit dan mendakwa saya yang menanggung hidupnya. Bagaimanapun selepas saya berjaya membuktikan Tajul tidaklah seburuk yang disangkakan, mereka tidak lagi mempersoalkan keikhlasannya, ” katanya.
Mengenai kehilangannya daripada industri seni, pelakon serba boleh ini berkata, kesibukannya mengikut suami menguruskan perniagaan di seluruh negara membataskan masanya untuk berada di lokasi penggambaran.
“Setahun saya mengikut suami menguruskan perniagaannya ke serata Malaysia. Sekarang, saya kembali menetap di Kuala Lumpur dan barulah ada masa untuk berlakon semula, ” katanya.
The post Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHEZgE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal
Anda sedang baca artikel Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/rosnah-mat-aris-bersyukur-rumah.html
0 Response to "Rosnah Mat Aris Bersyukur Rumah Tangganya Kekal"
Catat Ulasan