Tajuk : Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit
link : Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit
Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit
Selepas minyak wangi jenamanya, Rossa Eau De Parfum, mendapat sambutan hangat dan jualan yang cukup memberangsangkan, penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Rossa merancang untuk mengeluarkan produk gincu tidak lama lagi.
Menurut Rossa, walaupun beliau seorang yang jarang mengenakan solekan wajah, namun lipstik wajib baginya; Justeru timbul idea untuk mengeluarkan jenamanya sendiri.
“Saya tidak boleh mengeluarkan produk penjagaan kulit sendiri kerana saya dilantik sebagai duta produk penjagaan kulit antarabangsa, Oriflame. Sudah lima tahun saya sebagai duta jenama itu. Kontrak saya baru-baru ini sudah tamat, tetapi pihak jenama itu mahu menyambung lagi kontrak saya.
“Jadi itu antara sebab saya memilih mengeluarkan lipstick. Sebenarnya saya seorang jarang mengenakan solekan melainkan jika mengadakan persembahan nyanyian. Kalau di hari-hari biasa, rutin saya cukup dengan hanya memakai celak mata dan gincu. Kerana itu saya memilih untuk mengeluarkan lipstik saya sendiri.
“Rancangan untuk melancarkannya sekitar hujung tahun ini. Di permulaan, mungkin tiga pilihan warna,” katanya.
Rossa berkongsi berita tersebut ketika kunjungannya ke tanah air sempena majlis pelancaran stor dalam talian PrettySuci.com, di ibu negara, minggu lalu. Peminat boleh mendapatkan minyak wangi keluarkan jenama beliau menerusi stor dalam talian tersebut.
Pemilik nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handayani, 38, ini sedia dikenali sebagai usahawati yang sudah menjalankan beberapa perniagaan lain di negaranya seperti koleksi busana, pusat karaoke dan resort Villa Paya-paya yang terletak di Bali.
Mengenai perkembangan seni, Rossa yang baru sebulan melancarkan albumnya berjudul A New Chapter berkata, dia bersyukur kerana jualan albumnya mendapat sambutan.
“Dalam keadaan sekarang yang lebih kepada digital, sukar sebenarnya untuk menjual album. Kalau di negara saya, banyak kedai album yang sudah tiada. Tapi saya yakin, peminat masih mahu memilik album artis kesayangan mereka kerana menjadikan mereka lebih puas untuk menikmati lagu.
“Album hanya di jual di KFC. Tapi untuk jualan album saya, Alhamdulillah baru sebulan dipasara, jualannya sudah 150,000. Saa difahamkan album saya menguasai 35 peratus daripada jualan album yang lain,” katanya.
Sementara itu, tatkala diminta mengulas mengenai desas desus kononnya mengadakan sesi pre-wedding ketika beliau bercuti di Turki bersama penyanyi Afgan baru-baru ini, Rossa berkata,
“Tidak. Saya nafikan perkara itu (sesi fotografi pre-wedding). Benar saya ke Turki kerana ada sesi fotografi saya sebagai duta sebuah agensi pelancongan.
“Afgan memang mengikut saya. Sebenarnya ini bukan pertama kali saya dan Afgan pergi bercuti bersama. Kami memang sudah lama bersahabat dan rapat,” tuturnya sekaligus menyangkal gosip tersebut.
The post Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOnDyM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit
Anda sedang baca artikel Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/rossa-tak-dibenarkan-keluar-produk.html
0 Response to "Rossa Tak Dibenarkan Keluar Produk Penjagaan Kulit"
Catat Ulasan