Loading...

Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera

Loading...
Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera
link : Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera

Baca juga


Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera

SAN FRANCISCO – Rusuhan oleh sekumpulan banduan di sebuah penjara dengan kawalan keselamatan tinggi di California, pada Rabu menyebabkan lapan pengawal penjara dan tujuh banduan cedera, lapor agensi berita China Xinhua.

Jabatan Penjara California dalam satu kenyataan berhubung perkara itu berkata beberapa das tembakan turut dilepaskan pengawal dalam kejadian kira-kira 10.25 pagi waktu tempatan di Penjara Pelican Bay State di Crescent City, Del Norte County.

Menurut kenyataan itu, rusuhan bermula apabila beberapa pengawal penjara cuba meleraikan dua banduan yang bergaduh di kawasan perkarangan penjara dengan menggunakan bahan kimia dan cota, namun kedua-dua banduan itu enggan mengalah.

Ketika itulah kumpulan banduan lain yang berada di kawasan itu berlari ke arah mereka dan mula menyerang pengawal berkenaan, memaksa pengawal daripada tiga pos kawalan bersenjata melepaskan kira-kira 19 das tembakan.

Dengan dilengkapi dua fasiliti kawalan keselamatan maksimum, penjara itu direka khas untuk menempatkan penjenayah paling berbahaya.

Pada masa ini, ia menempatkan kira-kira 2,000 banduan dan diselia kira-kira 1,300 kakitangan.

Enam daripada pengawal penjara yang cedera hanya menerima rawatan pesakit luar manakala dua lagi dimasukkan ke wad setelah mengalami kecederaan agak serius, namun keadaan mereka tidak membimbangkan. Kedua-duanya dijangka dibenarkan keluar wad dalam masa terdekat.

Jabatan berkenaan turut mengarahkan Pasukan Penyiasat Khas ke penjara tersebut bagi menjalankan siasatan berikutan pengunaan kekerasan dalam insiden itu.

Penjara Pelican Bay State terletak kira-kira 600 kilometer di utara San Francisco dan 20 kilometer dari sempadan Oregon. Ia dibuka pada tahun 1989. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTuirk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera

Itulah artikel Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/rusuhan-penjara-15-termasuk-8-pengawal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rusuhan Penjara: 15 Termasuk 8 Pengawal Penjara Cedera"

Catat Ulasan

Loading...