Tajuk : Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah
link : Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah
Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah
ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri akan mengambil sampel makanan yang dijual di semua gerai bazar Ramadan di seluruh negeri bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, kata Exco Kesihatan, Datuk Leong Yong Kong.
Beliau berkata anggota penguat kuasa jabatan itu akan sentiasa membuat pemantauan keselamatan makanan secara berkala termasuk pengambilan sampel makanan yang berisiko dicemari bakteria yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai.
“Setiap bulan Ramadan pasti ada kes keracunan makanan yang berlaku…sebab itu kita akan melakukan pemeriksaan kebersihanan terhadap makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan sebagai langkah mengurangkan kejadian kes penyakit bawaan makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Leong berkata walaupun kes keracunan di negeri ini tidak serius, langkah awal perlu diambil termasuk sentiasa memberi peringatan kepada peniaga.
“Peniaga telah mengikuti kursus kebersihan dan kualiti makanan jadi mereka perlu memastikan makanan dan minuman yang dijual bersih dan selamat.
“Sekiranya keputusan dari makmal mengesahkan sampel makanan yang diuji itu telah dicemari bakteria, maka tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga termasuk melarang meneruskan jualan di bazar Ramadan,”katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3cGJE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah
Anda sedang baca artikel Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sampel-makanan-diambil-di-bazar-ramadan.html
0 Response to "Sampel Makanan Diambil Di Bazar Ramadan Di Kedah"
Catat Ulasan