Loading...

Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah

Loading...
Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah
link : Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah

Baca juga


Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah

KUCHING: Kerajaan negeri akan mengkaji beberapa perkara dalam undang-undang syariah untuk penambahbaikan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata antara perkara yang akan dikaji ialan undang-undang keluarga termasuk melibatkan perkahwinan campur, penceraian dan memeluk Islam.

Katanya sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali untuk memantau kajian tersebut.

"Kami akan kaji semula Ordinan Majlis Islam Sarawak, beberapa perkara di bawah undang-undang syariah akan dikaji semula kerana kami nak berikan satu undang-undang yang dapat diuruskan dengan baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pengagihan bubur Masja-SA di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata kajian semula itu dilihat perlu bagi memberi keadilan kepada mereka yang terlibat dalam masalah keluarga.

"Sebagai contoh kes penceraian, kita hendaklah beri keadilan kepada mereka yang mempunyai masalah tersebut.

"Kajian menyeluruh itu juga akan dibuat melibatkan perkahwinan campur. Berkenaan memeluk Islam pula apa yang berlaku ketika ini ialah ada yang tidak tukar nama di kad pengenalan itu termasuk perkara akan dikaji untuk kemakmuran rakyat," katanya.

Ketika ditanya jangkaan kajian itu akan disiapkan, Abang Johari berkata tempoh enam hingga lapan bulan diperlukan untuk kajian itu disiapkan.

"Sebaik siap kami akan bentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri sama ada November depan atau April 2018," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rABFqK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah

Itulah artikel Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sarawak-akan-kaji-semula-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sarawak akan kaji semula undang-undang syariah"

Catat Ulasan

Loading...