Loading...

Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga

Loading...
Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga
link : Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga

Baca juga


Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga


PETRA JAYA: Kerajaan negeri Sarawak sedang melaksanakan kajian bagi mengukuhkan Ordinan Keluarga Islam bagi mengukuhkan lagi undang-undang khususnya berkaitan perceraian di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, kajian itu perlu dilaksanakan segera bagi membolehkan ia dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) November ini atau April tahun depan.

Sehubungan itu katanya, Menteri Muda Undang-Undang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali kini memikul tanggungjawab untuk memperhalusi undang-undang berkenaan khusus bagi memastikan anak-anak pasangan yang bercerai mendapat keadilan sewajarnya.

"Ini (perceraian) menjadi masalah sosial yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita.

"Ramai anak-anak menjadi mangsa apabila ada suami yang melepaskan tanggungjawab dengan tidak mahu menanggung bekas isteri serta anak-anak apabila berlaku perceraian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MASJA-SA di Masjid Jamek di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kajian itu turut meliputi tindakan yang harus diambil terhadap masalah perceraian dalam perkahwinan campur dengan bukan Islam.

"Kita tidak mahu apabila berlaku perceraian, pasangan yang asalnya bukan Islam akan diabaikan. Ini yang perlu kita kaji untuk perbaiki undang-undang sedia ada, kerana kita tidak mahu masalah itu akan terus membebankan ahli masyarakat," katanya. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgWzr8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga

Itulah artikel Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sarawak-mahu-perkukuh-undang-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sarawak mahu perkukuh undang-undang keluarga"

Catat Ulasan

Loading...