Tajuk : “Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail
link : “Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail
“Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail
Bersikap profesional ketika berlakon. (Gambar: Z.Nadzri)
Pelakon Azrel Ismail, 33, menegaskan bukan salahnya menyebabkan penggambaran drama Yes Sir Nak Pergi Mana tertangguh tetapi syarikat produksi drama itu, JNI Creative Sdn Bhd, yang sering menukar jadual penggambaran.
Perkara itu ujar Azrel, bukan saja menyusahkannya tetapi juga pelakon lain dan kru.
“Kami semua mahu menghabiskan penggambaran drama itu mengikut jadual yang tetapkan kerana selesai kerja, cepat dapat bayaran dan boleh teruskan dengan penggambaran drama lain.
“Sebelum ini saya tiada masalah bekerja dengan produksi lain kerana saya memang menepati waktu kerana berlakon adalah periuk nasi saya. Syukur, apa yang berlaku ini tidak menjejaskan tawaran berlakon.
“Pada 1 Ramadan ini saya akan ke lokasi drama baru yang turut membabitkan penggambaran di Amsterdam,” katanya.
Azrel dan pasangannya dalam drama itu, Risteena Munim bakal berhadapan tuntutan saman RM1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama Yes Sir Nak Pergi Mana.
“Kes saman itu saya serahkan kepada Persatuan Seniman dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) untuk menyelesaikannya dengan saya baik.
“Saya juga bersedia untuk menyambung penggambaran drama itu tetapi penerbit drama itu tidak datang berbincang dengan saya,” katanya.
Jelas Azrel lagi, jika disaman pun, dia tiada wang sejuta untuk membayar saman itu.
“Manalah saya ada wang sebanyak itu dan saya berharap perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rk7dkv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article “Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail
Anda sedang baca artikel “Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/saya-bukan-ada-wang-sejuta-nak-bayar.html
0 Response to "“Saya Bukan Ada Wang Sejuta Nak Bayar Saman.” – Azrel Ismail"
Catat Ulasan