Loading...

SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA

Loading...
SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA
link : SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA

Baca juga


SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA

Baru-baru ini ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) Mohd Zamzam Jaafar, sewaktu persidangan Transformasi Nasional (TN50) di Sarawak, berkata Malaysia perlu memiliki tenaga nuklear menjelang tahun 2030.

Malah kenyataan ini konsisten dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang menyatakan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk penjanaan tenaga nuklear.

Pada pandangan saya kenyataan ini tidak berpijak kepada realiti negara. Sebagai seorang Muslim dan saintis, saya tidak anti atau pronuklear.

Saya akan cuba untuk menilai setiap isu, secara Islami, objektif, saintifik dan menyeluruh, iaitu sehampir mungkin, semampu insan, dengan kebenaran, kemaslahatan insan dan kepentingan sebenar negara.

Sebagai seorang ahli politik demokratik, saya sedar bahawa kehidupan sebenar penuh dengan kompromi yang perlu dilakukan untuk membolehkan kita mendapat yang terbaik dari keadaan yang biasanya tidak ideal.

Kita boleh berkompromi, tetapi tidak pada perkara prinsip, keadilan, kepentingan awam dan kebenaran.

Teknologi nuklear di Malaysia bukanlah perkara baharu, kita menggunakan teknologi ini dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, kejuruteraan, industri, keselamatan dan penyelidikan.

Malaysia mempunyai ramai pakar yang berpengalaman dalam bidang ini.

Penggunaan teknologi nuklear untuk menjana tenaga memerlukan pertimbangan yang menyeluruh, meluas dan mendalam.

Prasyarat belum dipenuhi

Semua pilihan tenaga perlu dinilai secara objektif, menyeluruh dan dibandingkan secara kualitatif dan kuantitatif, termasuk dari segi risiko keselamatan, analisis kos manfaat, dan kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar.

Penilaian yang saintifik, objektif dan adil tidak dapat dilakukan tanpa kematangan, ketelusan dan keterbukaan umumnya pada masyarakat dan lebih utamanya pada pemerintah.

Pada pandangan saya prasyarat ini belum dipenuhi. Warga belum diajak berunding mengenai isu ini.

Jika prasyarat di atas dapat dipenuhi, dan kita bersetuju tenaga nuklear menjadi sebahagian daripada sumber tenaga kita, oleh kerana ia mempunyai potensi bahaya yang tinggi dan melibatkan komitmen kewangan luar biasa, (ia memerlukan perakaunan kreatif jangka masa panjang), maka ia memerlukan terlebih dahulu wujud beberapa prasarana genting.

Paling genting, ialah sebuah kerajaan dan masyarakat yang berpaksikan ilmu, matang, bertanggungjawab, berintegriti, telus dan bebas rasuah.

Iaitu sebuah kerajaan yang terbuka dan masyarakat madani yang berkesan.

Sebuah kerajaan yang kleptokratik, tidak telus dan penuh rasuah serta masyarakat yang dikembirikan adalah resipi untuk kebencanaan bagi mana-mana negara yang memilih pilihan nuklear.

Kita jawablah sendiri sama ada kita telah bersedia atau tidak untuk pilihan nuklear bagi menjana tenaga.

Persoalan yang perlu saya lontarkan, siapakah yang bakal menjalankan projek menelan puluhan bilion ringgit ini?

Dengan penjualan syarikat yang terlibat kepada kepada kepentingan negara Cina, adakah syarikat dari China?

Analisis kos-manfaat

Jika ya, kekhuatiran saya semakin tinggi, kerana berdasarkan pengalaman negara-negara luar dan pengamatan saya sendiri terhadap implikasi penglibatan syarikat China, ia amat berbahaya.

Silap-silap ia boleh melibat isu kebebasan dan kedaulatan negara.

Adakah projek ini wajar dilakukan ketika rakyat sedang menghadapi krisis ekonomi isi rumah? Penting untuk isu ini dibentangkan kepada ahli parlimen dan didebatkan secara matang dan terbuka.

Analisis kos-manfaat yang terlibat akhirnya tentulah memerlukan penekunan dan perdebatan oleh pelbagai pihak berkepentingan.

Siapa pun yang akan melaksanakan projek ini, kos awal yang sangat tinggi akan menjebak negara lebih jauh lagi ke dalam kancah hutang.

Apalah ertinya nanti kita mewah tenaga di atas bumi yang tergadai dek hutang, dan rakyatnya sengsara menanggung beban hutang yang tak tertanggung.
Sebagai saintis, saya tidak menafikan manfaat yang mungkin boleh diperoleh sekiranya menggunakan teknologi nuklear untuk menjana tenaga.

Tetapi wajarkah kita menyerahkan menyerahkan sebilah pisau yang tajam kepada penyangak yang sedang menyamun rumah kita dan seterusnya meluaskan lagi peluangnya untuk merompak?

Justeru, perdebatan mengenai penjanaan tenaga nuklear di Malaysia bukan lagi hanya dalam kerangka sama ada ia bermanfaat atau tidak.

Tetapi yang lebih penting adakah kerajaan kini yang jelas tidak telus, kleptokrasi dan penuh rasuah akan menyebabkan projek ini membawa bencana kepada rakyat dan negara.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpacmT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA

Itulah artikel SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/saya-saintis-dan-saya-ragu-nuklear-di_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SAYA SAINTIS DAN SAYA RAGU NUKLEAR DI M’SIA"

Catat Ulasan

Loading...