Loading...

Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP

Loading...
Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP
link : Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP

Baca juga


Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP

KUALA LUMPUR: Sekatan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih berkuat kuasa berikutan isu-isu yang dihadapi persatuan itu.

Bagaimanapun, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya hanya menerima permohonan untuk mendaftarkan seorang pemain import sahaja.

Kenyataan FMLLP itu berikutan pengumuman KAFA yang mahu membawa masuk dua pemain import, iaitu Abou Bakr Al-Mel dari Lubnan dan warga Perancis, L'Imam Seydi menggantikan Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Alessandro Celin.

"Ia tidak boleh diluluskan kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan kerana isu-isu berkenaan pembayaran perkara-perkara wajib masih belum diselesaikan.

"Sewaktu sekatan ini berkuat kuasa, sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan FMLLP dan jika ia tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pasukan atau tidak meletakkan pasukan itu dalam keadaan di mana hutang-hutang yang sedia ada dapat ditangani maka perpindahan itu tidak dapat diluluskan," menurut kenyataan itu.

Pada 2 Mei lepas, FMLLP mengenakan tindakan pemotongan enam mata dan larangan perpindahan kepada dua pasukan Liga Super, iaitu Kelantan dan T-Team serta dua pasukan Liga Perdana, iaitu Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pendaftaran pemain bagi musim 2017.

FMLLP kemudian mengurangkan pemotongan mata terhadap pasukan T-Team dan Perlis kepada tiga mata selain membatalkan larangan perpindahan pemain selepas menerima rayuan daripada kedua-dua pasukan itu.

Pasukan Kelantan hari ini menerima kritikan daripada pihak Persatuan Pemain Bola Sepak Antarabangsa (FIFPro) dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) selain bekas pemain pertahanan Kelantan, Jonanthan McKain yang mempersoalkan tindakan pasukan itu membawa masuk pemain baharu sedangkan tunggakan gaji pemain masih tidak diselesaikan.

Bagaimanapun, Penasihat KAFA ,Tan Sri Annuar Musa yang mempertahankan keputusan membawa masuk dua pemain itu, berkata ia merupakan langkah bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi baki saingan liga dan memperbaiki aliran tunai kewangan pasukan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcml2r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP

Itulah artikel Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sekatan-perpindahan-terhadap-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekatan perpindahan terhadap Kelantan masih berkuat kuasa - FMLLP"

Catat Ulasan

Loading...