Loading...

Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS

Loading...
Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS
link : Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS

Baca juga


Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS

SIBU, 21 Mei (Bernama) -- Sekolah daif di Sarawak akan dibangunkan melalui model pembiayaan baharu yang diwujudkan melalui Bank Pembangunan Sarawak (DBoS).

Melalui model itu, kerajaan persekutuan akan meminjam dan membayar balik dana bagi tujuan pembangunan itu yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

"Bank ini akan menagih kerajaan pusat untuk membayar balik dana dikeluarkan kerajaan negeri. Ini adalah persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat," kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis makan malam ulang tahun ke-127 Sekolah Kebangsaan Abang Ali di dewan serba guna di sini malam tadi.

Abang Johari turut berkata pembangunan sekolah daif di negeri itu adalah agenda utama pengwujudan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi baru-baru ini.

Diketuai Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa'ee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, kementerian itu juga memerhatikan perkembangan sistem pendidikan di Sarawak.

Sementara itu, Abang Johari turut mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa bagi mewujudkan Sekolah Menengah Abang Ali di tengah-tengah perkampungan Melayu di bandar Sibu ini yang akan dipengerusikan Dr Annuar.

"Dengan adanya jawatankuasa ini, selagi saya menjadi Ketua Menteri, saya akan mencari tanah strategik dalam kawasan ini untuk mewujudkan sekolah baharu tersebut dan kami akan meminta kerajaan pusat untuk sama-sama membantu," jelasnya.

SK Abang Ali yang ditubuhkan pada 1890 merupakan satu-satunya sekolah Melayu di bandar Sibu.

Isteri Abang Johari, Datin Amar Juma'ani Tuanku Bujang dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim merupakan bekas murid sekolah itu pada 1958 dan 1962.

Ketua Menteri itu kemudiannya mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi membina bangunan yang menempatkan bilik guru dan dewan untuk pelajar yang bernilai RM3.5 juta.

Baki kos pembinaan itu disumbangkan oleh ahli perniagaan Tan Sri Bustari Yusuf yang juga bekas murid sekolah tersebut. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qDyJbf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS

Itulah artikel Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sekolah-daif-di-sarawak-akan-dibangun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sekolah Daif Di Sarawak Akan Dibangun Melalui DBoS"

Catat Ulasan

Loading...