Tajuk : Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta
link : Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta
Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta
SHAH ALAM – Program berbasikal anjuran Invest Selangor Berhad, Selangor Industrial Ride 1.0 yang julung kali akan diadakan pada 30 Julai ini menyasar kira-kira 1,000 peserta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Hasan Azhari Idris berkata acara bersifat santai sejauh 25 kilometer itu akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic di Seksyen 21 di sini bermula pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari.
“Program ini antara tujuannya adalah untuk membawa peserta melawat dan mengenali kawasan perindustrian yang strategik yang ada di sekitar kawasan Shah Alam selain untuk berinteraksi sesama mereka dan beriadah secara sihat,” kataya kepada pemberita pada majlis prapelancaran program berkenaan di sini hari ini.
Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.
Tambah Hasan Azhari , program berkenaan turut akan diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Baginda telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis pelancaran program ini.
“Semasa program berbasikal ini berlangsung, beberapa program Tanggungjawab Sosial Korporat juga akan diadakan bersama baginda,” katanya.
Sehubungan itu, menurut beliau, sesiapa yang berminat untuk menyertai program berkenaan boleh mendaftar di www.bikeaway.com.my. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcLUNO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta
Anda sedang baca artikel Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/selangor-industrial-ride-10-sasar-1000.html
0 Response to "Selangor Industrial Ride 1.0 Sasar 1,000 Peserta"
Catat Ulasan