Loading...

Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih

Loading...
Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih
link : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih

Baca juga


Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih

Pasaran saham Asia didagang bercampur-campur walaupun Wallstreet pada Selasa merekod keuntungan pada hari keempat berturut-turut di mana S&P 500 mencapai paras 2,400. Namun ASX 200 di Australia tidak berubah, gagal mengikuti prestasi positif di Wallstreet. Nikkei 225 pula naik 0.5% dengan faktor kelemahan Yen memperbaiki sentimen pengeksport Jepun.

Manakala indeks Shanghai Komposit dan Hang Seng masing-masing merosot 0.4% dan 0.3% yang disebabkan oleh Moody’s yang menurunkan penarafan negara China berikutan jangkaan kemerosotan pengukuhan kewangan China beberapa tahun ke depan.

Moody pada Rabu menurunkan penarafan China dari Aa3 kepada A1, mengubah pandangan kepada ekonomi negara ini dari stabil kepada negatif. Ini adalah kali pertama Moody (Agensi Penarafan) menurunkan penarafan China sejak 25 tahun lalu dan ini adalah signifikan.

Perkembangan di Eropah pula menunjukkan IMF dan Menteri Kewangan Jerman Schauble mencapai kata sepakat terhadap perjanjian bantuan kepada Greece.

Di UK, Perdana Menteri May mengatakan ancaman keganasan di UK telah dinaikkan kepada kritikal daripada teruk yang menggambarkan terdapat lagi ancaman yang akan berlaku kepada UK.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), US dolar kekal kukuh ketika ini selepas menguat pada penutup pasaran Eropah semalam dengan potensi kenaikan kadar pada Jun ketika ini meningkat semula ke paras tertinggi 80%. Usd/Jpy beberapa jam lepas telah menguji paras 112.00.

Gbp/Usd masih gagal mengekalkan pengukuhan selepas serangan Manchester dan kini didagang di sekitar 1.2989. Terdapat juga tekanan kepada Dolar Australia selepas Moody’s menurunkan penarafan China di mana Dolar New Zealand juga terkesan sedikit.

Dalam pasaran komoditi, Harga minyak meningkat pada Rabu kerana mendapat sokongan daripada keyakinan pasaran terhadap lanjutan pemotongan bekalan yang diterajui oleh OPEC sehingga meliputi keseluruhan tahun 2017 dan suku pertama tahun depan.

Harga komoditi ini mula mendapat sokongan sebaik sahaja OPEC dan pengeluar utama dunia yang lain termasuk Russia dikatakan akan menyokong lanjutan pemotongan bekalan setelah terikat dengan perjanjian bagi mengurangkan 1.8 juta tong sehari sehingga Jun 2017. Justeru, OPEC dan pengeluar utama non-OPEC dijangka akan bertemu pada 25 Mei ini bagi memuktamadkan keputusan terbabit.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.30 peratus kepada $1,251.69 satu troy ounce. China dan India merupakan pengimport emas terbesar di dunia. Justeru, sebarang pengurangan permintaan bagi emas akan mempengaruhi sentimen komoditi ini.

Perkembangan di US pula menunjukkan pandangan yang bercampur-campur dari Presiden Federal Reserve US.

Presiden Federal Reserve Philadelphia Patrick Harker berkata kenaikan kadar faedah pada Jun adalah berpotensi. “Saya masih melihat tiga kenaikan kadar tahun ini adalah bersesuaian.” Beliau juga menegaskan pengurangan kepada penyata imbangan The Fed akan bermula tahun ini dalam keadaan beransur-ansur.

Seorang lagi Presiden Fed iaitu Neel Kashkari berkata mahu melihat lebih banyak data sebelum membuat sebarang keputusan pada mesyuarat Jun. Tambahnya, beliau akan lebih yakin jika inflasi-teras (core-inflation) menuju sasaran 2% atau melebihi nilai tersebut.

The post Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qUVmZ6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih

Itulah artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sentimen-semasa-pasaran-global-setakat_24.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, US Dolar Pulih"

Catat Ulasan

Loading...