Loading...

Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Loading...
Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini
link : Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Baca juga


Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Pasaran saham Asia ditutup positif kecuali Nikkei 225 yang menyusut 0.14%. Indeks Nikkei 225 mengikuti prestasi negatif di Wallstreet dengan ketiga-tiga indeks utama Dow Jones, S&P 500 dan Nasdaq ditutup lebih rendah dalam sesi Selasa.

Pasaran saham Australia ASX 200 naik 0.3% disokong oleh sektor internet dan kewangan. Antara sebab kejatuhan Nikkei 225 juga adalah data keluaran industri yang meleset dari jangkaan. Indeks Shanghai Komposit naik 0.1% yang disokong oleh data-data indeks PMI yang memberangsangkan pagi tadi.

Data rasmi indeks PMI sektor pembuatan China kekal di paras 51.2 pada Mei. Jangkaan bagi data kali ini menyusut kepada 51. Manakala dalam sektor perkhidmatan, indeks PMI berkembang pada kadar terpantas selepas merekod paras terendah pada bulan sebelum ini. Indeks ini mengukuh kepada 54.5 pada Mei dari 54.0 sebelum ini.

Di United Kingdom, Tinjauan Yougov oleh The Times menjangkakan Parti Konservatif akan kalah sebanyak 20 kerusi dan status majoriti semasa berkemungkinan sukar dicapai, di mana Parti Buruh akan menambah 28 kerusi. Parti Konservatif akan mendapat 310 kerusi, merosot dari 330 kerusi dan akan mengalami kekurangan 16 kerusi untuk majoriti. Parti buruh pula dijangka akan mendapat 257 kerusi naik dari 229 kerusi ketika ini, manakala Liberal Demorats 10 kerusi naik daripada 1 kerusi.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), matawang Gbp terus tertekan disebabkan perkembangan terkini politik UK. Gbp/Usd jatuh hampir 75 pip pukul lima pagi tadi disebabkan tinjaun Yougov yang menunjukkan Parti Konservatif dijangka kehilangan majoriti.

Yen, Dolar Australia (Aud) dan Dolar New Zealand (Nzd) mendapat sokongan selepas data memberangsangkan dari China yang menunjukkan indeks PMI sektor perkhidmatan dan pembuatan terus positif.

Dalam pasaran komoditi, minyak mentah global masih berada di bawah tekanan menjelang laporan data inventori minyak US yang dikeluarkan API dan seterusnya esok oleh EIA. Kebimbangan pasaran ini adalah peningkatan keluaran minyak dari US walaupun OPEC telah bersetuju melanjutkan perjanjian sehingga sembilan bulan akan datang.

Di Amerika Syarikat, bekas penasihat keselamatan US akan menyerahkan dokumen kepada pihak senat sebagai salah satu siasatan penglibatan Rusia dalam pilihanraya 2016.

Dua cawangan Bank pusat Federal Reserve dilaporkan menyokong kenaikan kadar diskaun (discount rate) dalam mesyuarat FOMC pada Mei, menurut minit mesyuarat perbincangan kadar faedah yang dikeluarkan pada Selasa.

Fed Brainard pula menyatakan kenaikan kadar selepas ini adalah bersesuaian dan beliau menjangka pengurangan penyata imbangan dalam masa terdekat. Brainard juga bersedia menangguhkan kenaikan kadar jika inflasi terus perlahan.

The post Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdpnSs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini

Itulah artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/05/sentimen-semasa-pasaran-global-setakat_31.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini"

Catat Ulasan

Loading...